ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) merasmikan EIC Connect Energy Borneo 2025. | Foto: Ramidi Subari

Sarawak giat teroka projek ‘Power-to-X’ hasilkan hidrogen bersih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kini giat meneroka projek ‘Power-to-X’ (P2X) dengan memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui yang melimpah untuk menghasilkan hidrogen bersih.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan menggabungkan hidrogen dan karbon dioksida, pelbagai bahan api sintetik dan bahan kimia dapat dihasilkan, termasuk metanol hijau, bahan api penerbangan mampan, ammonia hijau, dan juga poliester.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada EIC Connect Energy Borneo 2025. | Foto: Ramidi Subari

“Poliester ini boleh diproses dalam pelbagai bentuk, seperti gentian hijau, botol atau filem, sekali gus menyumbang kepada masa hadapan yang lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan EIC Connect Energy Borneo 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange di sini,hari ini.

Abang Johari, yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, berkata Sarawak telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha tersebut dengan memulakan projek metanol hijau pertama melalui Sarawak Petchem.

“Projek ini bukan sahaja menegaskan komitmen Sarawak terhadap penyelesaian tenaga inovatif, tetapi juga meletakkan Sarawak sebagai peneraju dalam peralihan ke arah sistem tenaga yang lebih bersih dan mampan,” ujarnya.

Beliau turut berkata, Sarawak juga berhasrat untuk menjadi hab hidrogen bersih yang berdaya saing dengan kapasiti pengeluaran berskala besar.

“Perjalanan ini telah dimulakan dengan pembangunan Sarawak Hydrogen Hub di Bintulu, yang akan menempatkan projek utama seperti H2onbill dan H2biscus dengan kerjasama rakan antarabangsa dari Jepun dan Korea Selatan.

“Bagi menggalakkan serta mempromosikan penggunaan hidrogen bersih dalam negara, menjelang tahun hadapan, sistem pengangkutan awam di bandar raya Kuching akan beroperasi sepenuhnya menggunakan hidrogen menerusi inisiatif Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang merangkumi bas hidrogen dan Transit Aliran Autonomi,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU