ARTIKEL

Roland Sagah (tengah) dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

Sarawak harap graduan berkhidmat di negeri secara sukarela

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Anak Sarawak yang menerima Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) bebas membina kerjaya di mana-mana sahaja di dunia, dengan Kerajaan Negeri berharap mereka kembali membawa kepakaran untuk membangunkan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, Kerajaan Sarawak tidak mengenakan ikatan perkhidmatan kepada penerima skim itu kerana mahu membantu rakyat mendapatkan pendidikan tinggi tanpa sebarang syarat.

“Kita melakukannya dengan penuh keikhlasan kerana mahu membantu rakyat kita, tanpa sebarang ikatan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Sarawak berharap graduan yang menimba pengalaman di luar negara akan terdorong untuk pulang apabila ekonomi Sarawak berkembang dan negeri ini mampu menawarkan gaji yang lebih baik.

Beliau berkata, pengalaman serta kepakaran yang diperoleh di luar negara bukan sahaja memberi manfaat kepada graduan, malah berpotensi menyokong pembangunan industri di Sarawak.

Sagah berkata, kehadiran tenaga kerja tempatan yang mempunyai kepakaran turut menjadi faktor penting dalam menarik pelabur asing untuk melabur dan membangunkan industri di negeri ini.

Katanya, pengiktirafan ke atas kelayakan graduan Sarawak di luar negara juga dapat meningkatkan reputasi institusi pendidikan tinggi milik negeri.

Apabila graduan Sarawak diterima bekerja di peringkat antarabangsa, ia menunjukkan institusi pendidikan negeri mampu melahirkan tenaga kerja yang memenuhi piawaian diperlukan.

BERITA LAIN

Sarawak Tuan Rumah Kejohanan Robotik Dunia 2027

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan dunia apabila dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Terbuka World Robot Olympiad (WRO) 2027. Perkembangan terkini itu bakal mengukuhkan kedudukan negeri

BERITA TERBARU

Sarawak Tuan Rumah Kejohanan Robotik Dunia 2027

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan dunia apabila dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Terbuka World Robot Olympiad (WRO) 2027. Perkembangan terkini itu bakal mengukuhkan kedudukan negeri