ARTIKEL

Sarawak Tuan Rumah Kejohanan Robotik Dunia 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan dunia apabila dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Terbuka World Robot Olympiad (WRO) 2027.

Perkembangan terkini itu bakal mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai antara peneraju pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta robotik di rantau ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, penganjuran itu membuka peluang kepada bakat tempatan untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa, selain memperluas kerjasama dan perkongsian ilmu dalam bidang robotik.

“Pencapaian membanggakan pelajar Sarawak turut terserlah apabila negeri itu merekodkan penyertaan 256 pasukan dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) tahun ini, tertinggi dalam sejarah penyertaannya dan ketiga terbesar di peringkat negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Antara kejayaan utama ialah SMK Chung Hua (CF) Miri yang meraih empat pingat termasuk emas dalam acara RoboSports Double Tennis, manakala SJK(C) Chung Hua Krokop muncul naib juara kategori RoboMission Pro Primary.

Kedua-dua sekolah itu akan membawa cabaran Malaysia ke pusingan akhir WRO di Puerto Rico pada Disember ini.

Dalam perkembangan lain, pasukan AsaGiant Ambal dari SMK Asajaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan WRO Asia-Pasifik di India, manakala Borneo International School menduduki tempat kedua dunia dalam kategori RoboMission Junior pada Kejohanan Terbuka WRO Eropah di Croatia.

“Sarawak turut membuktikan keupayaan dalam bidang robotik apabila muncul juara keseluruhan NRC sebanyak 10 kali sepanjang tempoh 2014 hingga 2025.

“Dalam bidang inovasi pula, syarikat pemula NEX EcoVentures dari Sibu menjuarai Startup World Cup Malaysia 2026 bagi pusingan akhir Zon Timur dan bakal mewakili Malaysia ke peringkat akhir dunia di San Francisco pada November ini,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada pelajar, pendidik, jurulatih dan inovator yang mengharumkan nama negeri serta negara.

BERITA LAIN

PPWS Terima Anugerah Kecemerlangan Kebajikan Sosial 2026

KUCHING: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) menerima Anugerah Kecemerlangan Kebajikan Sosial 2026 sebagai pengiktirafan sumbangannya dalam memperkasa wanita, keluarga dan melaksanakan aktiviti kebajikan sosial di

BERITA TERBARU

PPWS Terima Anugerah Kecemerlangan Kebajikan Sosial 2026

KUCHING: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) menerima Anugerah Kecemerlangan Kebajikan Sosial 2026 sebagai pengiktirafan sumbangannya dalam memperkasa wanita, keluarga dan melaksanakan aktiviti kebajikan sosial di