ARTIKEL

Abang Johari tiba pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. | FOTO: PENERANGAN

Sarawak hargai peruntukan RM16.2 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menghargai peruntukan RM16.2 bilion yang disediakan Kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sokongan itu penting untuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam melaksanakan pembangunan yang bermanfaat kepada rakyat.

Menurutnya, hubungan erat kedua-dua kerajaan menjadi asas kepada usaha Sarawak memperjuangkan hak dan kepentingannya berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Rundingan berterusan berasaskan persefahaman dan semangat setia kawan penting bagi memperkukuh hubungan Persekutuan-Sarawak.

Setakat September 2026, sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah platform rundingan rasmi MA63 telah diselesaikan sepenuhnya, manakala lima lagi mencapai penyelesaian secara sebahagian atau interim.

Antara perkembangan penting tahun ini ialah penyerahan status dan kuasa pengurusan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak mulai 1 September lalu, dengan nilai pengambilalihan yang dipersetujui sebanyak RM1.8 bilion.

Beliau turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai peningkatan Pemberian Khas Interim kepada Sarawak daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion bagi 2026, yang diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Peningkatan itu mencerminkan hasil rundingan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan, manakala usaha menentukan formula pengagihan yang adil kepada kedua-dua pihak masih diteruskan.

Beliau menegaskan kerjasama erat antara kedua-dua kerajaan perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan Sarawak terus berjalan dan kepentingan negeri sentiasa dipelihara.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU