KUCHING: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan 30 Julai sebagai cuti umum di negeri ini.
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam satu kenyataan hari semalam berkata, ia bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.– BERNAMA




