Sarawak jadi kelas kedua jika pindaan diluluskan

KUCHING: Banyak perkara dalam rang undang-undang yang diben-tangkan semalam untuk meminda Perlembagaan Persekutuan tidak selari dengan Perjanjian Malaysia 1963, Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, kata ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Malah tegasnya semua Ahli Parlimen GPS tidak diberi masa untuk berbincang mengenai cada-ngan pindaan perlembagaan itu.

“Rang undang-undang itu hanya ditunjukkan di dalam dewan pagi semalam dan Speaker me-nyatakan ia sudah diberikan sejak tengah malam hari Rabu … pada masa itu, tidak ada orang duduk dalam dewan.“

Jadi isunya sekarang, dalam pindaan perlembagaan itu langsung tidak ada ruang untuk Sarawak dan Sabah,” ujarnya keti-ka dihubungi Suara Sarawak di sini, semalam.

Menurut Wan Junaidi, sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, Sarawak akan menjadi kelas kedua, tiada layanan istimewa dan bukan rakan sekutu seperti yang sepatutnya. Beliau menambah, apa yang dinyatakan dalam rang undang-undang itu berlainan dengan apa yang berlaku pada tahun 1976, sebelum pindaan yang pertama dilaksanakan.

“Yang kita mahu sebelum rang undang-undang ini dibentang di Dewan Rakyat, kita mahu perund-ingan di peringkat Jawatankuasa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimuktamadkan.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menambah, sebelum pindaan perlembagaan dibawa ke Dewan Rakyat, ia perlu dirujuk ke Dun Sarawak dan Sabah terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan kerana perlembagaan itu turut terikat de-ngan undang-undang lain.