ARTIKEL

Sim ketika ditemui selepas melancarkan NorthBank Business Exchange (NBX) dan NBX Residence 1 oleh Ibraco Berhad di Galeri Ibraco, The NorthBank, di sini, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

Sarawak jangka 30,000 pesakit perlukan penjagaan paliatif menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dijangka mempunyai kira-kira 30,000 individu yang memerlukan penjagaan paliatif menjelang 2030, sekali gus menuntut penyediaan lebih banyak kemudahan bagi memastikan pesakit mendapat penjagaan yang selesa dan bermaruah.

Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, berkata kemudahan seumpama itu penting khususnya bagi pesakit kanser tahap akhir.

Katanya, penjagaan paliatif bukan hanya melibatkan aspek penjagaan kesihatan, tetapi turut membantu pesakit melalui hari-hari terakhir kehidupan dengan lebih baik.

“Justeru, penjagaan paliatif perlu diberikan perhatian. Menjelang 2030, kita menjangkakan kira-kira 30,000 pesakit memerlukan penjagaan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan NorthBank Business Exchange (NBX) dan NBX Residence 1 oleh Ibraco Berhad di Galeri Ibraco, The NorthBank, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sim menambah kemudahan penjagaan paliatif perlu dilihat sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan yang memberi tumpuan kepada kualiti hidup pesakit, khususnya mereka yang berada pada hari-hari terakhir kehidupan.

Menurutnya, pengalaman keluarga dan pesakit yang melalui fasa tersebut menunjukkan kepentingan menyediakan persekitaran yang membolehkan seseorang menghabiskan sisa kehidupan dengan lebih selesa bersama-sama keluarga.
“Kadang-kadang kita beritahu seseorang, kamu hanya ada beberapa hari lagi untuk hidup. Beberapa hari terakhir kehidupan di dunia ini, kita mesti cuba pastikan mereka bahagia. Kita mahu keluarga juga gembira dan dapat melalui tempoh itu bersama-sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa terdapat kemudahan penjagaan paliatif di Batu Kawa.

“Saya diberitahu, mereka hanya bermula dengan mempunyai jururawat untuk mengendalikan lapan katil. Sekarang mereka sudah membuka 16 katil dan tiada pertambahan tenaga kerja.

“Dengan kemudahan seperti ini, lebih ramai pesakit boleh melalui hari-hari terakhir mereka di situ. Bagi sesetengah pesakit, mereka sangat gembira. Sekurang-kurangnya mereka boleh meluangkan masa dengan baik pada saat-saat akhir,” jelasnya.

Mengulas mengenai perbincangan berkaitan tuntutan autonomi kesihatan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sim menegaskan perkara itu masih menunggu keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kerajaan Persekutuan.

“Perdana Menteri akan ke Sarawak pada Hari Malaysia, 16 September ini. Jadi, boleh tanya dengan beliau nanti mengenai tuntutan autonomi kesihatan tersebut,” jelasnya.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.