ARTIKEL

1. MENARIK...salah seorang peserta sedang membuat kopi

Sarawak kaji penanaman kopi altitud rendah bagi hadapi pemanasan global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sedang mengkaji penanaman kopi secara altitud rendah dan bersuhu tinggi berdasarkan iklim semasa sebagai usaha membentuk pembaharuan dalam landskap kopi bertaraf antarabangsa.

Pengarah Penganjur Simposium Kopi Borneo, Dr Kenny Lee Wee Ting berkata kajian unik itu dirangka untuk menilai keberkesanan landskap penanaman kopi ketika dunia berdepan situasi pemanasan global berpanjangan.

Beliau menegaskan pengalaman dan penyelesaian daripada kajian yang bakal dilaksanakan di Sarawak dijangka memberi impak penting kepada sektor kopi di peringkat global.

“Cabaran sektor kopi di sini sangat berbeza berbanding kawasan penanaman kopi yang lain.

“Saya kira jawapan yang akan kita temui berpotensi menjadi penawar berguna kepada penyelesaian sektor kopi antarabangsa,” katanya.

BERCAKAP…Dr Kenny Lee Wee Ting

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Simposium Kopi Borneo 2025 yang berlangsung di Old Court House, di sini, hari ini.

Menurut Kenny, penganjuran simposium itu turut menjadi platform penting mengetengahkan cadangan tersebut memandangkan tema tahun ini memberi tumpuan kepada penanaman altitud rendah.

Katanya, kelebihan Sarawak dengan persekitaran hutan tropika, suhu tinggi dan kelembapan menjadi faktor sesuai bagi pelaksanaan kajian berkenaan.

“Dengan tekanan akibat pemanasan global, saya percaya lebih banyak kawasan penanaman kopi altitud rendah akan wujud pada masa hadapan.

“Justeru, pengalaman yang kita lalui ketika ini adalah penting untuk kegunaan masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau percaya simposium itu memberi peluang kepada para pekebun menilai sendiri trend global secara langsung.

Usaha itu, katanya, membantu mereka merasai pengalaman penghasilan kopi masing-masing selain memahami potensi kopi Sarawak yang mampu memberi kesan kepada pasaran dunia.

Justeru, beliau berharap pekebun tempatan kekal cemerlang dalam memastikan sektor kopi negeri ini berdaya saing serta beroperasi dengan lancar.

“Pekebun adalah kunci utama. Hanya apabila mereka berjaya dari segi ekonomi dan budaya, barulah industri ini dapat kekal mampan,” ujarnya.

Terdahulu, lebih 200 peserta dari Jerman, Amerika Syarikat, Afrika, India, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Taiwan menghadiri acara tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU