ARTIKEL

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini. (Foto: Ramidi Subari)

Sarawak Kaji Perluas FTES Ke Program Diploma di Universiti Awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ZAFIRAH HILMI (Pelatih UNIMAS)

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji keberkesanan dan impak Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) untuk diperluas ke program diploma di universiti awam.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kajian menyeluruh akan dinilai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.

“Terdapat pertanyaan daripada ADUN berkaitan bantuan kepada pelajar atau institusi lain, perkara tersebut belum dapat kita laksanakan buat masa ini kerana ia memerlukan perancangan yang lebih teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, katanya, Kerajaan Sarawak juga berjaya memperluas akses pendidikan tinggi kepada 4,694 pelajar layak yang menerima tawaran FTES bagi suku pertama 2026.

Sagah berkata, jumlah ini melibatkan 1,834 pelajar baharu dan 2,860 pelajar sedia ada.

“Seramai 75 peratus pelajar mendaftar dalam kursus bidang (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) STEM, manakala baki 25 peratus lagi mengambil bidang perakaunan, kewangan dan psikologi”, katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu seramai 1,344 individu memilih untuk menolak tawaran FTES kerana mendapat biasiswa lain atau pembiayaan luar.

Justeru beliau memberi jaminan semua kursus di bawah skim ini mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan kualiti dan pengiktirafan global.

“Selain yuran, Kerajaan Sarawak turut membantu kebajikan pelajar bagi meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Hasilnya, seramai 2,893 pelajar atau 61.63 peratus daripada penerima FTES layak mendapat bantuan khas tersebut.

“Pelajar yang layak ini menerima elaun sara hidup sebanyak RM10,000 dan bantuan penginapan RM5,000,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU