ARTIKEL

BERCAKAP… Sim Kui Hian bercakap ketika ditemui pemberita

Sarawak kaji semula ordinan, sedia kemudahan pengecasan kenderaan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneliti semula Ordinan Bangunan dan Kebombaan tahun 1979 dalam usaha untuk merangkumkan piawan kelestarian dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik ke dalam ordinan tersebut.

Timbalan Premier Datuk Amar Sim Kui Hian berkata, inisiatif itu selaras dengan pembangunan dikecapi Sarawak pada masa ini termasuk pemodenan dalam Indeks Bangunan Hijau.

“Kita tidak boleh mengatakan kita menuju ke arah kelestarian (go green) tanpa menyediakan peruntukan bagi indeks bangunan hijau dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik.

“Misalnya, kalau menetap di apartmen atau kondominium, bagaimana hendak menyambung wayar dari tingkat 10 sampai ke kawasan letak kereta semata-mata untuk mengecas kenderaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Canning Residences di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan pihaknya bersama persatuan arkitek telah bekerjasama rapat mengenai perkara itu.

“Sebaik sahaja peraturan baharu dikuatkuasakan, para profesional yang menandatangani projek mesti mengetahui undang-undang dan memastikan pematuhan yang telah ditetapkan,”katanya.

Sim yang juga merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan kementeriannya komited terhadap isu penyediaan rumah mampu milik di negeri ini.

“Perumahan adalah keperluan asas bagi semua orang, sama ada di bandar atau luar bandar, kaya atau miskin,”katanya.

Bagi projek Canning itu, Sim mendedahkan pembangunan lebih tiga ekar itu merangkumi 114 unit kondominium dan empat lot komersial.

“Lokasinya sangat baik, berhampiran laluan biru Transit Aliran Autonomi (ART), hospital swasta baharu dan sekolah-sekolah antarabangsa.

“Walaupun kita membina dalam kuantiti besar, kita juga mahu mengekalkan piawaian dari segi kesejahteraan dan pengudaraan udara. Saya mahu ada bangunan yang menggabungkan elemen itu,”katanya.

BERITA LAIN

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan

Keselamatan perairan perlu kerjasama aktif masyarakat

BINTULU: Komuniti pesisir pantai perlu lebih proaktif membantu pihak berkuasa memelihara keselamatan perairan negara, termasuk menyalurkan maklumat segera mengenai sebarang aktiviti mencurigakan kepada Agensi Penguatkuasaan

BERITA TERBARU

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan