ARTIKEL

Awang Tengah menyampaikan ucapan merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Sarawak 2026, di sebuah hotel di sini, hari ini. GAMBAR: UKAS

Sarawak kekal 62 peratus kawasan hutan secara lestari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sektor perhutanan bukan sahaja menyumbang kepada hasil negeri dan peluang pekerjaan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi hijau Sarawak, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya enam juta hektar kawasan diwujudkan sebagai Hutan Simpan Kekal (PFE), dengan lebih empat juta hektar telah berjaya dicapai setakat ini.

Awang Tengah dan tetamu kehormat menyempurnakan simbolik perasmian Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Sarawak 2026, di sini, hari ini. GAMBAR: UKAS

“Sarawak turut menetapkan sasaran sekurang-kurangnya satu juta hektar kawasan perlindungan sepenuhnya (TPA) dan usaha tersebut kini hampir mencapai matlamat. Apabila dicampur dengan kawasan tanah dan badan air, kita telah mencapai 2.1 juta hektar,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II (MUDeNR) berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Sarawak 2026 yang bertemakan ‘Forests and Economies’ di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sarawak yang berkeluasan 14.2 juta hektar kini masih mengekalkan lebih 62 peratus kawasan tanahnya sebagai hutan hasil pelaksanaan pengurusan hutan lestari secara berterusan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri tidak menolak pembangunan, namun memastikan setiap projek dilaksanakan secara lestari dan bertanggungjawab menerusi pengukuhan sistem pensijilan pengurusan hutan, penguatkuasaan undang-undang, penggunaan teknologi moden dalam pemantauan hutan serta pelaksanaan pengurusan hutan lestari.

Beliau menambah, Sarawak terus memperluaskan program penanaman semula hutan dan pembangunan hutan tanaman industri bagi mengurangkan tekanan terhadap hutan asli.

“Sehingga kini, sebanyak 57 juta pokok telah ditanam dan Sarawak berada di hadapan sasaran nasional,” jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, dasar penggunaan tanah Sarawak kekal jelas dan konsisten dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Pada majlis sama, Awang Tengah turut menyaksikan simbolik pelancaran buku Jabatan Hutan Sarawak.

Hadir sama ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Baram Datuk Anyi Ngau, Pengarah Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohammad, serta dif-dif kenamaan lain.

Awang Tengah dan tetamu kehormat mempamerkan buku Jabatan Hutan Sarawak, di sini, hari ini. GAMBAR: UKAS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU