ARTIKEL

Sarawak kekal aman, makmur selama 60 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

   
 
KUCHING: Sarawak berupaya mengekalkan keamanan dan kemakmuran selama 60 tahun sejak penubuhan Malaysia hasil daripada perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setelah 60 tahun merdeka kini Sarawak sangat berpotensi menjadi wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Justeru, saya mengajak semua untuk terus menjaga perpaduan kita kerana perpecahan disebabkan isu perkauman hanya akan merugikan dan mengganggu usaha yang sedang giat kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’I yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

“Kadang kala kita mempunyai perbezaan pendapat tetapi syukur kerana sehingga hari ini tidak pernah terjadi masalah kaum atau agama yang besar yang boleh mendatangkan perpecahan kepada masyarakat majmuk di negeri ini. Inilah yang perlu kita jaga bersama,” ujarnya.

Tegasnya, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan beliau sangat mengutamakan perpaduan dan keharmonian dalam beragama tanpa mengenepikan keutamaan dan kesucian Islam.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Mufti Negeri Sarawak Datuk Kipli Yassin.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan