ARTIKEL

ABANG JOHARI bercakap pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. Foto: RAMIDI SUBARI.

Sarawak kekal tuntut satu pertiga kerusi Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Sarawak kekal menuntut sekurang-kurangnya satu pertiga perwakilan bagi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, dengan pelaksanaannya perlu melalui proses perlembagaan sebelum dapat direalisasikan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tuntutan itu merupakan keutamaan Sarawak selaras dengan semangat dan rasional Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, sebarang cadangan berkaitan penambahan kerusi Parlimen perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Parlimen sebelum tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan.

“Dari segi prinsip dan selaras dengan rasional MA63, mesti ada perwakilan satu pertiga untuk Sabah dan Sarawak.

“Perkara ini perlu dibawa ke Parlimen terlebih dahulu dan tertakluk kepada kelulusan mengikut proses yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas persetujuan secara prinsip Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan perwakilan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sehingga 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memainkan peranan selanjutnya mengikut prosedur ditetapkan, namun cadangan penambahan kerusi itu belum dapat dilaksanakan dalam susunan pilihan raya semasa kerana proses berkaitan masih belum selesai.

Mengulas kemungkinan proses itu dipercepatkan, beliau berkata tempoh pelaksanaannya bergantung kepada proses undang-undang dan belum dapat dipastikan ketika ini.

Beliau turut menegaskan bahawa cadangan berkenaan memerlukan penelitian lanjut, termasuk pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Apa yang kita mahukan hanyalah satu pertiga. Selain itu, terpulang kepada pihak berkaitan, tetapi semuanya mesti mengikut proses yang sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Parlimen memaklumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju secara prinsip meningkatkan perwakilan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sehingga 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri susulan pengumuman Perdana Menteri pada 11 September lalu, dengan mengambil kira keperluan memperbaiki nisbah perwakilan kedua-dua negeri berkenaan.

BERITA LAIN

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk