ARTIKEL

BERCAKAP……Hazland (kanan) bercakap pada sesi temu bual Persidangan Eksport Tenaga (EEC) 2025

Sarawak komited jadi peneraju dalam peralihan tenaga rendah karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING : Sarawak terus mengorak langkah ke hadapan dalam pembangunan tenaga bersih apabila memperkenalkan visi tenaga boleh diperbaharui pada Persidangan Eksport Tenaga (EEC) 2025 yang berlangsung di Aberdeen, Scotland di sini.

Hazland (berdiri keempat dari kiri) merakamkan gambar kenangan pada Persidangan Eksport Tenaga (EEC) 2025 yang berlangsung di Aberdeen, Scotland hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak komited menjadi peneraju dalam peralihan tenaga rendah karbon di rantau ASEAN dengan strategi pembangunan yang berfokus kepada pelaburan dalam tenaga hidro, pengeluaran hidrogen dan infrastruktur tenaga diperbaharui.

“Usaha ini sejajar dengan matlamat Sarawak untuk mencapai pelepasan sifar bersih dan muncul sebagai hab tenaga bersih serantau.

“Perkongsian awam-swasta, inovasi teknologi serta kerjasama antarabangsa merupakan tunjang penting dalam mempercepat peralihan tenaga ini,” katanya semasa sesi temu bual interaktif berimpak tinggi di persidangan tersebut hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan pelabur serta rakan teknologi global untuk bersama-sama meneroka peluang dalam projek tenaga lestari di Sarawak sebagai bukti kesediaan negeri ini memacu pertumbuhan dan inovasi hijau.

Menurutnya, sesi interaktif itu membolehkan para delegasi berinteraksi secara langsung dengan beliau termasuk membincangkan dasar tenaga Sarawak, potensi eksport dan inisiatif sedia ada.

Penyertaan beliau turut memperkukuh peranan aktif Sarawak dalam memelihara kelestarian alam sekitar serta menjadi contoh pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara.

Beliau turut diiringi delegasi seramai 12 orang termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datuk Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Datuk Bandar DBKU, Datuk Hilmy Othman, Peguam Kanan Negeri (SAGC), Dr Jady @ Zaidi Hassim serta wakil kanan dari Sarawak Energy Berhad (SEB), SEDC Energy dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Kehadiran delegasi tersebut jelas membuktikan pendekatan strategik dan menyeluruh Sarawak dalam mempercepat inovasi tenaga bersih serta menarik pelaburan antarabangsa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU