ARTIKEL

Sarawak komited lahirkan pelajar seimbang melalui sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIGA Juara Bola Sepak Belia PETRONAS 2025 (PYFCL 2025) bukan sekadar kejohanan bola sepak peringkat akar umbi, malah menjadi platform penting dalam membentuk pembangunan belia secara menyeluruh merangkumi aspek sukan, sahsiah dan akademik.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli, berkata kejohanan itu mencerminkan komitmen bersama dalam melahirkan generasi pelajar yang seimbang, sihat tubuh badan, cerdas minda serta kukuh nilai disiplin dan jati diri.

“Pembangunan sukan dalam kalangan pelajar perlu bergerak seiring dengan pendidikan akademik bagi memastikan masa depan yang lebih luas dan berdaya saing.

“Di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, kami percaya sukan dan akademik tidak boleh dipisahkan. Apabila kedua-duanya seimbang, kita mampu melahirkan pelajar holistik yang bukan sahaja cemerlang di padang, tetapi juga berilmu dan berakhlak,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan PYFCL 2025 di sebuah hotel di sini hari ini.

Omar turut menegaskan disiplin diri merupakan elemen terpenting bagi pelajar yang ingin melangkah jauh dalam dunia sukan, termasuk disiplin mengurus masa antara latihan dan pelajaran, menjaga sikap serta keazaman untuk terus berusaha walaupun berdepan cabaran.

Mengulas penganjuran kejohanan itu, beliau berkata PYFCL 2025 merupakan kemuncak perjalanan pembangunan bola sepak belia bagi tahun ini.

“Sepak mula kejohanan yang akan berlangsung pada 28 Disember hingga 3 Januari 2026 akan menghimpunkan seramai 500 pelajar serta pihak pengurusan daripada 20 pasukan terbaik.

“Kejohanan melibatkan kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun itu akan berlangsung selama tujuh hari di Stadium Sarawak dan Stadium Negeri di Kuching,” jelasnya.

Menurutnya, kejayaan pembangunan bakat muda dalam sukan bola sepak memerlukan sokongan menyeluruh semua pihak.

“Kerjasama yang merangkumi sekolah, ibu bapa, jurulatih serta rakan korporat seperti PETRONAS yang menyediakan platform pembangunan belia amat diperlukan.
“Jalinan strategik inilah yang membolehkan anak-anak kita berkembang secara menyeluruh dan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru pemain muda agar menjadikan kejohanan tersebut sebagai medan pembelajaran dengan mempamerkan semangat kesukanan tinggi serta saling menghormati rakan sepasukan dan pihak lawan.

“Kemenangan akan lebih bermakna apabila dicapai dengan cara yang betul, manakala kekalahan pula menjadi pelajaran berharga jika diterima dengan jiwa yang besar.

“Menang atau kalah bukan penentu nilai diri seseorang. Sebaliknya, keberanian mencuba, kejujuran dalam perjuangan dan kesanggupan bangkit selepas kegagalan adalah nilai sebenar yang perlu dibina,” tambahnya.

Omar turut menzahirkan harapan agar PYFCL 2025 berlangsung dengan lancar, selamat dan penuh makna serta terus melahirkan generasi pelajar Sarawak yang sihat, berdisiplin, berilmu dan berdaya saing.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan