ARTIKEL

Foto Ukas

Sarawak komited pastikan pemimpin pegang prinsip etika, integriti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam tadbir urus yang baik dan integriti kepimpinan apabila melaksanakan pelbagai inisiatif seperti latihan khas untuk penjawat awam serta bengkel antirasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan tersebut adalah usaha berterusan kerajaan negeri untuk memastikan semua pemimpin memegang prinsip etika dan integriti yang tertinggi.

“Pada hari ini, Sarawak berdiri megah sebagai negeri yang mempunyai bilangan pegawai integriti bertauliah tertinggi di Malaysia. Ini merupakan bukti jelas komitmen kita dalam memastikan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti dan kepimpinan beretika,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, matlamat utama kerajaan adalah untuk membina sebuah masyarakat Sarawak yang berasaskan amanah, kejujuran dan akauntabiliti – integriti menjadi nilai murni yang meresap dalam setiap tindakan dan keputusan.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh warga perkhidmatan awam Sarawak agar terus relevan, sentiasa peka akan perubahan semasa, menimba ilmu baharu dan meneroka penyelesaian inovatif demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi