ARTIKEL

Sarawak komited tangani krisis kenaikan harga barang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

 

BERCAKAP…Fazrrudin Abdul Rahman berucap pada program gotong-royong di kawasan lapang, di Surau Darul Rahman, Taman Won Matang

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus komited menyalurkan bantuan kepada golongan B40 dan M40 biarpun negara kini mengalami krisis ekonomi susulan kenaikan harga barangan keperluan.

Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, antara usaha yang diperkenalkan adalah melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Banyak yang telah dilakukan bagi memastikan pendapatan isi rumah dapat ditingkatkan dan memberi manfaat kepada ekonomi setempat.

“Ini bagi memastikan rakyat mampu membeli barangan keperluan serta mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program gotong-royong di kawasan lapang, di Surau Darul Rahman, Taman Won Matang, hari ini.

Jelasnya, pihaknya sentiasa bersifat terbuka untuk membantu dan membimbing masyarakat dalam menjana pendapatan atau mendapatkan bantuan berdasarkan inisiatif yang diperuntukkan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau menyeru agar pihak industri bersedia untuk melaksanakan projek selaras dengan usaha Sarawak ke arah negeri maju menjelang tahun 2030.

BERSIH…Fazrrudin (kanan) turut serta dalam aktiviti gotong royong yang diadakan di kawasan lapang di Surau Darul Rahman Taman Woh Matang

BERITA LAIN

BERITA TERBARU