ARTIKEL

Sarawak kuat kuasa peraturan isytihar tahap kesihatan di pintu masuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berkuat kuasa hari ini, semua pelawat yang memasuki Sarawak dikehendaki mengisi borang pengisytiharan kesihatan sebagai langkah membendung jangkitan novel koronavirus di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata borang pengisytiharan disediakan di semua laluan masuk pemeriksaan sempadan  selain diedar kepada penumpang pesawat.

“Borang (yang sudah diisi)  perlu diserahkan kepada pihak imigresen dan ia akan turut diteliti pegawai perubatan di kaunter masuk,” katanya pada sidang media di sini selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai usaha membendung jangkitan koronavirus.

Beliau berkata pengisytiharan itu turut melibatkan pelawat yang membawa kenderaan menggunakan feri dari Wilayah Persekutuan Labuan dan penumpang penerbangan dari Taman Negara Mulu memandangkan ada penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke lokasi itu.

“Memang ada negara lain yang menguatkuasakan peraturan pengisian borang pengisytiharan seperti ini dan SOP (prosedur pengoperasian standard) di semua pintu masuk adalah seragam (dalam soal ini),” kata Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak.

Dalam pada itu, Uggah berkata kerajaan negeri akan mendapatkan bekalan kit ujian segera darah  dalam tempoh seminggu lagi sebagai satu lagi langkah menangani  koronavirus.

Katanya, penggunaan kit itu membolehkan ujian awal dilakukan segera bagi mempercepat proses persampelan darah sebelum dihantar ke Kuala Lumpur untuk dianalisis.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan membeli dua lagi alat pengimbas suhu bagi memeriksa tahap kesihatan pelawat yang tiba di lapangan terbang  Sibu dan Bintulu.

“Memandangkan lapangan terbang Sibu dan Bintulu belum ada lagi alat tersebut, kita (kerajaan negeri) mahu ia diuruskan secepat mungkin, maksudnya semua lapangan terbang di Sarawak iaitu di Miri, Sibu, Bintulu dan Kuching akan ada pengimbas suhu,” katanya.

Beliau turut meminta mereka yang tiba dari China dalam tempoh 14 hari lepas untuk mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing dan majikan mereka akan dihubungi JPBN bagi membenarkan mereka bercuti dalam tempoh kuarantin itu.

Orang ramai turut dinasihat agar mendapatkan maklumat daripada JPBN dan Kementerian Kesihatan berhubung jangkitan koronavirus dan tidak menyebar maklumat tidak sahih mengenai perkara itu. – Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan