ARTIKEL

Abang Johari menerusi perutusan Sambutan Hari Gawai 2025, hari ini.

Sarawak kurangkan eksport kayu balak demi kelestarian alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan mengurangkan eksport kayu balak selaras dengan penekanan terhadap kelestarian alam sekitar, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kerajaan menggalakkan pembangunan industri hiliran berasaskan hutan tanaman bagi tujuan pengeluaran biojisim yang turut berfungsi sebagai penyerap karbon.

“Langkah itu sejajar dengan dasar ekonomi hijau Sarawak yang menggariskan visi untuk menjadikan negeri ini sebagai hab ekonomi hijau terkemuka di rantau ini,” katanya menerusi perutusan Sambutan Hari Gawai 2025 hari ini.

Pada masa sama, katanya, aspirasi teknologi Sarawak tidak hanya tertumpu kepada makmal penyelidikan atau taman perindustrian, sebaliknya diterjemahkan melalui pembangunan infrastruktur yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Mengulas mengenai Sistem Transit Aliran Autonomi (ART), katanya, Sarawak dijadual memulakan operasi sistem berkenaan pada suku keempat 2026.

“Apabila beroperasi sepenuhnya, Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan meletakkan Kuching sebagai model utama pengangkutan bandar berkuasa hidrogen di ASEAN.

“Inisiatif itu juga akan membuktikan keupayaan Sarawak mengintegrasikan tenaga boleh diperbaharui, sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta penyelesaian mobiliti maju dalam satu ekosistem bandar yang menyeluruh,” jelasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU