ARTIKEL

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. FOTO GHAZALI BUJANG

Sarawak mantapkan reformasi perolehan dan pengurusan prestasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha memperhalusi rangka kerja hasil, memperkukuh pemantauan dan penilaian serta membina kemahiran dalam kalangan penjawat awam terus menjadi tumpuan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan Belanjawan Berasaskan Hasil (RBB)

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah itu memberi keseimbangan antara kawalan dan fleksibiliti, sekali gus mempercepat pelaksanaan projek serta meningkatkan kecekapan institusi.

Katanya, kerjasama rapat antara Kerajaan Sarawak dan Bank Dunia, bersama penyertaan kementerian, jabatan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan, telah menghasilkan rangka kerja hasil inaugural bagi Belanjawan 2025.

“Rangka kerja tersebut kini menjadi asas utama penyediaan Belanjawan 2026, memastikan peruntukan disalurkan selaras dengan hasil yang jelas dan indikator yang boleh diukur.

“Latihan intensif turut dilaksanakan bagi melengkapkan Pegawai Penilai Belanjawan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan Pemeriksaan Belanjawan 2026, khususnya dalam menilai keberhasilan program dan bukan sekadar perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan kementeriannya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Ke-19, hari ini.

Selain itu kata Uggah, kerajaan turut memperkukuh reformasi melalui pengenalan Sistem Penyelesaian Pengurusan Prestasi dan Hasil (PReMaS), sebuah platform digital yang menyatukan perancangan, belanjawan, pemantauan, penilaian dan pelaporan.

Ujarnya, PReMaS sedang diperluas penggunaannya melalui latihan intensif kepada kementerian, jabatan, PBT, badan berkanun dan GLC terpilih, sekali gus memacu budaya pembuatan keputusan berasaskan data dalam kerajaan.

“Kerajaan menegaskan perubahan ini menuntut anjakan minda besar, termasuk meninggalkan amalan tradisional serta menyesuaikan diri dengan sistem digital dan kemahiran baharu.

“Bagi meningkatkan kecekapan perolehan, kerajaan turut menyemak dasar dan prosedur perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri,” tegasnya.

Antara perubahan utama ialah peningkatan had kewangan pelantikan terus perunding projek pembangunan fizikal (kecuali kerja ukur) daripada RM10 juta kepada RM50 juta.

Pada Sidang DUN Mei 2025, pelbagai kejayaan awal RBB dikemukakan dan kini kerajaan menambah laporan pencapaian bagi separuh kedua tahun ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU