ARTIKEL

Dr. Sim menyempurnakan pembukaan Pillzy Pharmacy di Kuching, semalam.

Sarawak Masih Kekurangan Ahli Farmasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak masih kekurangan ahli farmasi berikutan nisbah semasa di negeri ini belum mencapai penanda aras ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, ketika ini Sarawak mempunyai seramai 1,470 ahli farmasi, melibatkan 916 orang dalam perkhidmatan kerajaan dan 554 lagi di sektor swasta.

Menurutnya, jumlah tersebut hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan 21,070 ahli farmasi di Malaysia.

“Penanda aras ideal WHO ialah seorang ahli farmasi bagi setiap 1,000 penduduk.

Dr. Sim menyempurnakan pembukaan Pillzy Pharmacy di Kuching, semalam.

“Namun nisbah semasa di Malaysia ialah seorang ahli farmasi bagi setiap 1,538 penduduk, manakala di Sarawak pula seorang ahli farmasi bagi setiap 1,713 penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pembukaan Pillzy Pharmacy di sini, semalam.

Dalam pada itu ujarnya premis farmasi komuniti memainkan peranan penting dalam sistem penjagaan kesihatan masyarakat dan pembangunan negeri.

“Farmasi bukan sekadar menjual produk farmaseutikal dan bukan farmaseutikal, tetapi turut menyediakan khidmat nasihat, kaunseling kesihatan serta peluang pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat.

“Peranan ini amat penting dalam membantu pembinaan masyarakat Sarawak yang lebih sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengasas Pillzy Pharmacy, kerana kembali untuk menyumbang di Sarawak selepas beberapa tahun bekerja dan menetap di luar negara.

Ahli farmasi memainkan peranan penting dalam sistem penjagaan kesihatan masyarakat bukan sahaja melalui penyediaan ubat-ubatan, malah sebagai sumber rujukan kesihatan kepada orang ramai.

Selain itu, ahli farmasi turut memberi khidmat kaunseling berkaitan kesan sampingan ubat, interaksi ubat dan pemantauan penggunaan ubat terutama bagi pesakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Dalam masa sama, farmasi komuniti kini turut berperanan sebagai pusat pemeriksaan kesihatan asas dan pendidikan kesihatan awam. Peranan ini semakin penting khususnya di Sarawak yang masih berdepan kekurangan tenaga ahli farmasi dan cabaran akses kesihatan di kawasan luar bandar.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan