ARTIKEL

Datuk Hii Chang Kee ketika hadir bagi sidang media Pameran Mega Sarawak 2025.

Sarawak Mega Fair 2025 platform usahawan ke pasaran ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pameran Mega Sarawak 2025 bakal menghimpunkan peluang perniagaan, pelaburan dan pelancongan dalam satu acara berprestij menerusi anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS).

Pameran dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober ini di Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapura dan Atrium Suntec Singapura, Menara 1 & 2.

Menurut kenyataan STATOS, pameran tersebut bukan sekadar mempromosi tetapi strategi memperkukuh kedudukan Sarawak di pasaran ASEAN.

Antara komponen utama bagi pameran tersebut termasuk Persidangan Perniagaan dan Pameran Perdagangan pada 16 dan 17 Oktober di Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapura.

Karnival Gastronomi Sarawak pula berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober di Atrium Suntec Singapura, Menara 1 & 2.

Pameran ini bertujuan memperkukuh kerjasama perdagangan, pelaburan dan pelancongan Sarawak dan Singapura.

“Menerusi pameran ini, kita dapat menonjolkan kekuatan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui, pembuatan teknologi tinggi, pertanian dan perkhidmatan serta pelancongan.

“Ini untuk menyediakan platform kolaboratif bagi para usahawan meneroka peluang baharu dan pengunjung yang hadir dapat melihat pelbagai program menarik yang ditawarkan,”jelasnya.

Acara itu juga bakal menghimpunkan tokoh utama Sarawak, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menunjukkan komitmen Sarawak dalam memupuk kerjasama jangka panjang selain memperluas akses pasaran di seluruh rantau ASEAN.

“Ini kerana, pameran ini menawarkan pintu masuk eksklusif kepada pemilik perniagaan untuk berinteraksi dengan wakil kerajaan, pelabur, pegawai perdagangan dan pakar industri dari Sarawak dan Singapura,”tambahnya.

Menjelas lanjut, pameran ini memberi peluang kepada peserta untuk menyertai sesi padanan perniagaan bersama agensi kerajaan, wakil perdagangan dan rakan kongsi berpotensi.

“Peserta berpeluang memperoleh pandangan dari pakar dalam sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan industri baharu yang semakin pesat berkembang.

“Ini memberi peluang kepada peserta membina rangkaian dengan pemimpin industri utama dari Sarawak dan Singapura secara terus,”ujarnya.

Bagi orang ramai yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar di https://statos.com.sg/event/sarawak-mega-fair-2025-in-singapore-sg/ kerana pendaftaran adalah percuma.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi