ARTIKEL

Abdul Karim menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, di sini, hari ini. FOTO: GHAZALI BUJANG

Sarawak menonjol dalam sukan tempatan, antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus menonjol dalam arena sukan tempatan dan antarabangsa apabila atlet-atlet negeri ini mencatat pencapaian cemerlang sepanjang 2025.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, atlet Sarawak telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai sukan termasuk memanah, akuatik, bina badan, tinju, berbasikal, tarian, terjun, golf, bola baling, muaythai, ping pong, tenpin boling dan silambam.

“Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kemahiran dan dedikasi atlet muda Sarawak, malah mengukuhkan kedudukan negeri ini dalam kejayaan sukan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Sementara itu, beberapa persatuan sukan Sarawak turut menerima pengiktirafan kebangsaan.

“Persatuan Berbasikal Sarawak diiktirafkan Best State Cycling Association 2025 oleh Persekutuan Berbasikal Malaysia, manakala Persatuan Gimnastik Sarawak (SAGYMA) memenangi Sports for All Award (Association Category) di Anugerah Sukan Kebangsaan 2025 di Ipoh, Perak.

“Tambahan lagi,Presiden Malaysia World Taekwondo Federation (WTF), Azizul Annuar Adenan yang juga ADUN Tanjong Datu, telah dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM).

“Pencapaian ini mencerminkan kepakaran latihan, program pembangunan atlet yang berkesan, serta dedikasi kepimpinan dalam organisasi sukan di negeri ini,” katanya.

Justeru, katanya, pencapaian ini menjadikan Sarawak bukan sahaja terus mengukir nama di pentas kebangsaan, malah semakin menonjol di arena antarabangsa sebagai negeri yang memupuk bakat sukan berkualiti dan berdaya saing.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU