ARTIKEL

Uggah bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

Sarawak Mohon Operasi Pembenihan Awan Dilanjutkan 6 dan 7 September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak memohon supaya Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilanjutkan pada 6 dan 7 September susulan jangkaan pembentukan awan yang lebih sesuai bagi membantu meningkatkan paras air empangan serta mengurangkan titik panas dan jerebu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, permohonan lanjutan itu dibuat selepas operasi pada 3 September berjaya menghasilkan hujan di kawasan Batang Ai.

“Kerajaan Sarawak mengemukakan permohonan supaya operasi dilanjutkan kerana kita dimaklumkan keadaan pembentukan awan dijangka lebih sesuai dalam tempoh berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat JPBNS, di sini, hari ini.

Ujarnya, OPA yang berlangsung dari 3 hingga 5 September itu merupakan operasi pembenihan awan ketiga di Sarawak tahun ini, selepas masing-masing dilaksanakan pada Mei dan Jun.

Dalam pada itu katanya, pelaksanaan OPA bukan boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana ia bergantung kepada kewujudan awan yang sesuai untuk membolehkan proses pembenihan dilaksanakan.

Jelasnya, matlamat utama operasi itu adalah untuk meningkatkan paras air empangan bagi memastikan keperluan penjanaan elektrik dan bekalan air dapat terus beroperasi dengan baik.

Pada masa yang sama, katanya, hujan terhasil diharapkan dapat mengurangkan titik panas dan seterusnya membantu mengurangkan keadaan jerebu di Sarawak.

Operasi itu dilaksanakan dengan penyelarasan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), tertakluk kepada keadaan awan, cuaca serta keperluan operasi dan keselamatan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU