SARAWAK terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pemba-ngunan bandar mesra kanak-kanak di Malaysia apabila beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menerima pengiktirafan sebagai bandar calon di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFCI) yang diterajui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).
Perkembangan tersebut meletakkan Sarawak pada kedudukan strategik apabila tujuh daripada 11 bandar di Malaysia yang dikenal pasti sebagai bandar calon CFCI adalah dari negeri ini.
Lebih daripada sekadar pengiktirafan, pelaksanaan CFCI mencerminkan perubahan pendekatan dalam pembangunan bandar apabila keperluan, keselamatan, kebajikan dan pandangan kanak-kanak diberi perhatian dalam perancangan serta penyampaian perkhidmatan di peringkat tempatan.
Inisiatif yang diterajui UNICEF itu berteraskan usaha memastikan setiap kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang selamat, inklusif dan kondusif, selain mempunyai akses kepada pendidikan, kesihatan, perlindungan, ruang rekreasi serta peluang untuk menyuarakan pandangan dalam perkara yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Dalam konteks Sarawak, pelaksanaan CFCI membawa makna yang lebih luas kerana pembangunan bandar tidak lagi hanya diukur berdasarkan kemajuan fizikal, sebaliknya turut mengambil kira kesejahteraan golongan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan masyarakat.
Pendekatan itu selari dengan prinsip Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak yang menekankan hak setiap kanakkanak untuk hidup, berkembang, mendapat perlindungan dan mengambil bahagian dalam keputusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka.
Sehubungan itu, CFCI turut menuntut kerjasama erat antara kerajaan tempatan, agensi kerajaan, sekolah, keluarga, pertubuhan masyarakat, sektor swasta dan komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang benar-benar mengambil kira kepentingan kanak-kanak.
Dalam erti kata lain, bandar mesra kanak-kanak bukan sekadar menyediakan taman permainan atau kemudahan rekreasi, tetapi membina ekosistem yang membolehkan kanak-kanak membesar secara sihat, selamat dan bermaruah.
Antara aspek yang menjadi perhatian termasuk keselamatan jalan raya, pencahayaan awam, kemudahan pejalan kaki, ruang hijau, taman awam, akses kepada perkhidmatan sosial serta perlindungan daripada keganasan, penderaan dan pelbagai bentuk ancaman.
Pada masa sama, kemudahan yang dibangunkan perlu bersifat inklusif supaya dapat digunakan oleh semua kanakkanak termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas.
Aspek keterangkuman ini penting kerana bandar yang baik bukan hanya menyediakan kemudahan untuk sebahagian kelompok, sebaliknya memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang sama untuk belajar, bermain, bergerak dan mengambil bahagian dalam kehidupan komuniti. CFCI juga memberi penekanan kepada penyertaan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan.
UNICEF Malaysia menegaskan bahawa kanak-kanak mempunyai pengetahuan dan pengalaman tersendiri mengenai kehidupan mereka, justeru suara mereka perlu diberikan ruang yang bermakna.
Pendekatan berkenaan boleh dilaksanakan menerusi penubuhan majlis kanakkanak, sesi libat urus, perbincangan komuniti serta mekanisme maklum balas yang membolehkan pandangan kanakkanak disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan.
Apabila kanak-kanak diberikan peluang menyuarakan pandangan, mereka bukan sahaja menjadi penerima manfaat pembangunan, malah turut dilibatkan sebagai rakan kongsi dalam membentuk persekitaran yang lebih baik.
Langkah itu secara tidak langsung dapat memupuk keyakinan diri, kemahiran kepimpinan dan kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda, selain membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap tanggungjawab bersama.
Bagi memastikan pelaksanaan CFCI tidak terhenti pada tahap pengiktirafan, beberapa PBT terbabit telah membangunkan Pelan Tindakan CFCI bagi tempoh 2026 hingga 2028 bersama UNICEF dan rakan strategik.
Pelan berkenaan memberi tumpuan kepada empat tema utama, iaitu memastikan setiap kanak-kanak dapat hidup dan berkembang, memperoleh pendidikan, mendapat perlindungan serta diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam pembangunan komuniti.
Pelaksanaan pelan itu penting bagi memastikan setiap komitmen diterjemahkan kepada tindakan yang boleh diukur, termasuk penyediaan ruang awam lebih selamat, kemudahan rekreasi inklusif, program literasi digital, usaha perlindungan kanak-kanak dan pelibatan keputusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka.
Sehubungan itu, CFCI turut menuntut kerjasama erat antara kerajaan tempatan, agensi kerajaan, sekolah, keluarga, pertubuhan masyarakat, sektor swasta dan komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang benar-benar mengambil kira kepentingan kanak-kanak.
Dalam erti kata lain, bandar mesra kanak-kanak bukan sekadar menyediakan taman permainan atau kemudahan rekreasi, tetapi membina ekosistem yang membolehkan kanak-kanak membesar secara sihat, selamat dan bermaruah.
Antara aspek yang menjadi perhatian termasuk keselamatan jalan raya, pencahayaan awam, kemudahan pejalan kaki, ruang hijau, taman awam, akses kepada perkhidmatan sosial serta perlindungan daripada keganasan, penderaan dan pelbagai bentuk ancaman.
Pada masa sama, kemudahan yang dibangunkan perlu bersifat inklusif supaya dapat digunakan oleh semua kanakkanak termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas.
Aspek keterangkuman ini penting kerana bandar yang baik bukan hanya menyediakan kemudahan untuk sebahagian kelompok, sebaliknya memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang sama untuk belajar, bermain, bergerak dan mengambil bahagian dalam kehidupan komuniti.
CFCI juga memberi penekanan kepada penyertaan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan.
UNICEF Malaysia menegaskan bahawa kanak-kanak mempunyai pengetahuan dan pengalaman tersendiri mengenai kehidupan mereka, justeru suara mereka perlu diberikan ruang yang bermakna.
Pendekatan berkenaan boleh dilaksanakan menerusi penubuhan majlis kanakkanak, sesi libat urus, perbincangan komuniti serta mekanisme maklum balas yang membolehkan pandangan kanakkanak disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan.
Apabila kanak-kanak diberikan peluang menyuarakan pandangan, mereka bukan sahaja menjadi penerima manfaat pembangunan, malah turut dilibatkan sebagai rakan kongsi dalam membentuk persekitaran yang lebih baik.
Langkah itu secara tidak langsung dapat memupuk keyakinan diri, kemahiran kepimpinan dan kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda, selain membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap tanggungjawab bersama.
Bagi memastikan pelaksanaan CFCI tidak terhenti pada tahap pengiktirafan, beberapa PBT terbabit telah membangunkan Pelan Tindakan CFCI bagi tempoh 2026 hingga 2028 bersama UNICEF dan rakan strategik.
Pelan berkenaan memberi tumpuan kepada empat tema utama, iaitu memastikan setiap kanak-kanak dapat hidup dan berkembang, memperoleh pendidikan, mendapat perlindungan serta diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam pembangunan komuniti.
Pelaksanaan pelan itu penting bagi memastikan setiap komitmen diterjemahkan kepada tindakan yang boleh diukur, termasuk penyediaan ruang awam lebih selamat, kemudahan rekreasi inklusif, program literasi digital, usaha perlindungan kanak-kanak dan pelibatan perkhidmatan awam dan perancangan bandar.



