ARTIKEL

Mohamad menyampaikan ucapan. | Gambar: UKAS

Sarawak Percepat Pembinaan Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Kerajaan Sarawak berusaha mempercepat pembinaan bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap yang dijangka siap pada Mac 2026, memandangkan pejabat lama terlalu kecil.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, projek berkenaan merupakan antara projek pembangunan utama di Sungai Asap yang perlu dipercepat bagi memastikan kemudahan asas serta infrastruktur di kawasan penempatan semula itu dapat dipertingkatkan.

Mohamad merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat. | Gambar: UKAS

“Saya akan datang semula bagi memastikan bangunan tersebut siap mengikut jadual,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Daerah Belaga di Daro, Sungai Asap, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut meninjau tapak pembinaan kuarters kerajaan yang disifatkannya sebagai keperluan utama untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa kepada pegawai bertugas.

Sementara itu, beliau memaklumkan mesyuarat segera akan diadakan bersama dengan jabatan berkaitan untuk menyelesaikan isu projek jalan kecil yang masih belum dimulakan, walaupun jalan utama berjaya disiapkan.

“Saya akan memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) untuk memastikan projek jalan ini bermula awal tahun depan,” tegasnya.

Dalam hal berkaitan, beliau berkata, beberapa cadangan tambahan yang dibangkitkan pemimpin masyarakat juga akan diangkat ke peringkat atasan untuk pertimbangan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar