ARTIKEL

Dr Kho bercakap dalam Forum Membentuk Masa Depan Mampan Sarawak: Memperkasa Kemahiran, Tenaga dan Pembangunan Kitaran melalui Dasar dan Kerjasama.

Sarawak Perkasa Agenda Ekonomi Hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sedang memperkukuh peralihan daripada pembangunan berasaskan sumber asli kepada ekonomi yang dipacu tenaga bersih, ekonomi kitaran dan kemahiran masa depan bagi membentuk pembangunan lebih mampan.

Ketua Bahagian Pembangunan Korporat dan Ekonomi, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Kho Lip Khoon berkata, usaha itu memerlukan penyelarasan dasar, pembiayaan serta kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

Menurutnya, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan dasar dan strategi yang dibangunkan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan, termasuk menerusi pembangunan projek berkaitan kelestarian

“Hubungan antara pembiayaan dengan pemaju projek amat penting dan itulah yang diperlukan untuk pelaksanaan,” katanya ketika berucap pada Forum Membentuk Masa Depan Mampan Sarawak: Memperkasa Kemahiran, Tenaga dan Pembangunan Kitaran melalui Dasar dan Kerjasama di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dr Kho berkata, agenda kelestarian turut meliputi pembangunan tenaga bersih, ekonomi kitaran, daya tahan iklim serta kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi perubahan ekonomi pada masa depan.

Penglibatan generasi muda, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, perlu diperkasa kerana mereka bakal menjadi tenaga kerja dalam ekonomi masa depan.

“Forum berkaitan kelestarian tidak seharusnya hanya menghimpunkan pakar dan ahli akademik, sebaliknya membuka ruang kepada golongan muda pelbagai latar belakang memahami cabaran pembangunan masa depan,” katanya.

Beliau memaklumkan, Strategi Sifar Bersih dan Pelan Karbon Sarawak dijadual diperkenalkan pada 6 November depan menerusi pendekatan komunikasi yang lebih mudah difahami masyarakat.

Mengulas lanjut, Dr Kho berkata, Sarawak juga berusaha mengekalkan kedudukannya sebagai penyerap bersih pelepasan gas rumah kaca sehingga 2050 menerusi pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan.

Usaha itu turut berkait dengan data pelepasan gas rumah kaca yang menjadi sebahagian daripada sumbangan Malaysia menerusi Komitmen Ditentukan Negara (NDC) kepada Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU