ARTIKEL

Abdul Karim ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini. FOTO GHAZALI BUJANG

Sarawak perkemas hala tuju strategik pelancongan di bawah RMK13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan terus menetapkan hala tuju strategik untuk memastikan sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata selaras dengan kerangka panduan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sektor pelancongan akan berteraskan tiga tunjang strategik – mempercepatkan penyampaian, memperkukuh transformasi dan memperkasa pelibatan sektor swasta.

Katanya, sektor pelancongan sangat mudah terdedah kerana ia amat sensitif terhadap konflik geopolitik, krisis kesihatan awam serta kesan fizikal dan alam sekitar akibat perubahan iklim.

“Kebergantungannya kepada keyakinan pelancong, pergerakan rentas sempadan dan keadaan persekitaran yang stabil menjadikannya industri yang sangat terdedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menambah, Sarawak mesti menyelaraskan diri dengan mandat pelancongan global yang menekankan kelestarian dan amalan bertanggungjawab.

“Komitmen ini penting bagi memelihara aset semula jadi dan budaya sekali gus memastikan keterangkuman semua komuniti, serta membina sektor pelancongan yang berdaya tahan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, sektor pelancongan Sarawak perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman pelancong, di samping memperbaiki pengurusan dan kelestarian destinasi.

“Dengan memanfaatkan inovasi digital dan kecerdasan buatan (AI), kita perlu mewujudkan produk, perkhidmatan, proses dan model perniagaan baharu serta menambah baik yang sedia ada di sepanjang rantaian nilai pelancongan,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU