ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Sarawak perketat pematuhan alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak memperkukuh pematuhan alam sekitar merentas sektor dengan mewajibkan pelaksanaan Environmental Compliance Audit (ECA) bagi projek perhutanan di negeri ini bermula 1 Julai 2024.

Langkah ini menggantikan keperluan penghantaran Laporan Pemantauan Alam Sekitar Suku Tahunan, sekali gus memastikan pendekatan pematuhan yang lebih tersusun dan proaktif.

Menurut Pengawal Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam, keputusan ini dibuat susulan kejayaan dua projek rintis yang dijalankan antara NREB, Persatuan Perkayuan Sarawak (STA) dan 13 syarikat terlibat.
“Projek tersebut membuktikan keberkesanan rangka kerja ECA serta tahap kesiapsiagaan sektor perhutanan untuk pelaksanaan sepenuhnya” tambah beliau lagi.

Selain sektor perhutanan, NREB turut merancang projek rintis ECA untuk sektor perladangan kelapa sawit, kuari, dan perlombongan bermula Julai 2025. Pelaksanaan penuh bagi sektor-sektor ini dijadualkan pada 1 Januari 2027.

Sehubungan itu, syarikat yang terlibat digesa menghantar pegawai mereka untuk mengikuti latihan bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum peraturan baharu dikuatkuasakan sepenuhnya.
Pengurus STA Training Sdn Bhd, Annie Ting, berkata pihaknya telah dilantik sebagai penyedia latihan rasmi bagi Kursus Latihan ECA. Kursus ini akan melengkapkan bakal juruaudit dengan kemahiran dan pengetahuan diperlukan untuk menjalankan ECA secara berkesan.

“Kejayaan kursus ini adalah antara kriteria utama bagi melayakkan seseorang sebagai Juruaudit Alam Sekitar Berdaftar NREB,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi STA Training di 082-332222 atau e-mel stat-training@sta.org.my.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU