ARTIKEL

KENANGAN…. Awang Tengah merakam gambar bersama-sama pihak PETRONAS Carigali Sdn. Bhd pada mesyuarat penyelarasan di pejabatnya di sini, semalam.

Sarawak perkukuh perancangan bandar lestari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama dengan pakar antarabangsa bakal memperkukuh keupayaan Sarawak merancang pembangunan bandar dan wilayah yang mampan serta berdaya tahan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengalaman lawatan kerja delegasi Sarawak ke Oslo dan Bergen, Norway pada Februari lalu merupakan langkah terbaik mempromosikan kelestarian, keseimbangan wilayah dan pertumbuhan inklusif.

“Pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca-COVID Sarawak 2030 (PCDS 2030) selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

“Lawatan itu membuka ruang kepada Sarawak menimba pengalaman dan mempelajari model perancangan bandar, strategi pembangunan lestari serta pendekatan integrasi budaya yang berjaya dilaksanakan di Scandinavia,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Dr. Hans-Jacob Roald dari Universiti Sains Gunaan Western Norway di sini, semalam.

Tambah beliau, kerjasama dengan tokoh akademik Dr. Roald mampu memperkukuh kemampuan Sarawak dalam merancang bandar lestari.

“Dengan usaha seperti ini, Sarawak mampu merancang dan melaksanakan projek pembangunan bandar dan wilayah berpaksikan kelestarian dan kesejahteraan rakyat,”jelasnya.

Selain itu, pertukaran pandangan mengenai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar turut berlangsung.

“Kita boleh mencontohi kejayaan Norway dalam membangunkan infrastruktur moden sambil mengekalkan keindahan landskap semula jadi dan warisan budaya mereka,”ujarnya.

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad