ARTIKEL

Sarawak perkukuh perdagangan dunia melalui perluasan pelabuhan industri Samalaju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus komited dalam usaha menjadi hab perdagangan dan logistik serantau apabila Pelabuhan Industri Samalaju bakal diperluas susulan pemeteraian perjanjian, hari ini.

Majlis pertukaran Sublease dan Supplementary Agreements bagi Lot 83 dan Lot 312 antara Samalaju Industrial Port Sdn. Bhd. (SIPSB) dengan Lembaga Pelabuhan Samalaju (SPA) disaksikan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi.

Melalui peruntukan tersebut, SIPSB dapat meningkatkan kapasiti pelabuhan sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam rantaian bekalan global serta menyokong Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Majlis hari ini bukan sekadar pertukaran dokumen, tetapi hasil perancangan teliti, kerjasama strategik dan komitmen berterusan. Samalaju Industrial Port sejak awal dirancang sebagai pelabuhan air dalam untuk memenuhi keperluan logistik, eksport dan import industri di kawasan ini,” kata Majang.

Perluasan ini memberi peluang kepada SIPSB membangunkan fasiliti baharu termasuk zon bebas dan pusat logistik moden yang dapat menyediakan rangkaian perdagangan global lebih lancar untuk pelabur dan pengilang.

Kerjasama SIPSB dan SPA turut mencerminkan kekuatan perkongsian awam-swasta sebagai pemangkin pembangunan, selain memastikan Sarawak kekal berdaya saing dalam perdagangan antarabangsa.

BERITA LAIN

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk