ARTIKEL

ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon ketika membahaskan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Sarawak perlu perkasa pustaka digital untuk penduduk pedalaman


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak wajar memperkasakan perkhidmatan pustaka digital, bagi memastikan penduduk di kawasan pedalaman mendapat akses ilmu dan maklumat yang setara.

Usaha ini penting bagi memastikan kanak-kanak dan golongan muda di kawasan seperti Murum, Belaga dan Baram turut berpeluang menikmati kemudahan pembelajaran serta sumber pendidikan digital tanpa dibatasi faktor geografi.

ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, usaha itu mesti diperkasakan seiring perkembangan ekonomi digital dan agenda pendidikan negeri, selain memperluas peranannya sebagai institusi ilmu yang moden.

“Perpustakaan Negeri Sarawak tidak seharusnya terhad kepada fungsi konvensional, sebaliknya perlu menjadi pusat pembelajaran yang mampu memenuhi keperluan masyarakat, termasuk mereka yang tinggal jauh dari pusat bandar,” katanya ketika membahaskan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini,

Beliau berkata, akses kepada ilmu pengetahuan tidak sepatutnya bergantung pada lokasi kediaman, sebaliknya perlu menjadi peluang yang dapat dinikmati setiap rakyat Sarawak secara adil dan menyeluruh.

Katanya, ia selaras dengan aspirasi pembangunan inklusif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kennedy turut menegaskan bahawa pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 perlu disokong peruntukan kewangan mencukupi bagi memastikan segala pembaharuan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU