ARTIKEL

BERCAKAP... Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. RAMIDI SUBARI

Sarawak Perlu Tambah Bilangan Penyelidik Untuk Pembangunan Sektor Pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah penyelidik dalam bidang pertanian perlu ditingkatkan untuk membangunkan sektor tersebut secara menyeluruh.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pembangunan warga tani yang kukuh perlu bermula dengan melahirkan seramai mungkin penyelidik.

“Ini kunci pertama yang kita perlukan — mewujudkan peringkat hulu. Untuk bahagian pengeluaran, akan menjadi langkah seterusnya, ramai orang boleh lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-20 Institut Pertanian Sarawak (IPS) Jabatan Pertanian Sarawak di Hotel UCSI di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) melahirkan lebih ramai penyelidik dalam sektor pertanian.

“Jabatan Pertanian Sarawak kini mempunyai 37 penyelidik, dan kita harap mereka (DOA) boleh memberi tumpuan kepada perkara ini.

“Saya percaya usaha sedang dijalankan, dan besar harapan agar semua perkara ini diuruskan sepenuhnya sebelum saya meninggalkan kementerian ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rundi turut menyentuh berkaitan keadaan kekurangan penyelidik dalam sektor akuakultur.

“Baru-baru ini, saya melawat Agensi Penyelidikan dan Pendidikan Perikanan Jepun (FRA) yang mempunyai 500 penyelidik.

“Maka, kita mahu melihat pertambahan penyelidik di Sarawak dalam sektor berkenaan kerana sekarang hanya ada empat orang,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU