ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) merakam gambar kenangan bersama hadirin pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anak Perantau Simanggang (APS) dan Lembaga Amanah Masjid Sri Aman di Dewan Hikmah. (Foto: UKAS)

Sarawak perlu tingkatkan pengeluaran beras tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh usaha meningkatkan pengeluaran beras tempatan berbanding terus bergantung kepada pengimportan beras, terutamanya dalam menghadapi perang tarif global yang sedang melanda.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak mengimport kira-kira 245,000 tan beras setahun dan hanya menghasilkan 20 peratus pengeluaran beras tempatan, manakala 80 peratus lagi adalah import.

Sehubungan itu, katanya, Sarawak mensasarkan untuk mengeluarkan 245,000 metrik tan beras setahun melalui peningkatan produktiviti dalam sektor pertanian.

“Kita ada tanah dan kemudahan yang dapat kita bantu. Apakah kita masih perlu mengimport beras? Kita lihat sekarang keadaan ekonomi yang kelam kabut, tarif macam-macam,” katanya berucap semasa menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri APS dan Lembaga Amanah Masjid Sri Aman di Dewan Hikmah, di sini hari ini.

Abang Johari berkata satu projek perintis di Kampung Gedong, yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya meningkatkan hasil padi daripada satu tan bagi setiap hektar kepada sembilan tan dalam satu musim menggunakan kaedah dan teknologi baru.

“Ini terbukti berkesan, dan jika diteruskan, kita boleh menghasilkan padi dalam lima musim dalam tempoh dua tahun. Dengan kawasan seluas 10,000 hektar di sekitar Lingga, Banting, dan Tanjung Bijat yang telah dikenal pasti, kita yakin sasaran ini boleh dicapai,” katanya.

“Dengan cara baru, kita sudah dapat mengeluarkan sembilan metrik tan dalam satu musim, dari satu tan ke sembilan tan, sembilan kali ganda. Ini bermakna ia boleh dikeluarkan dalam lima musim,” tambahnya.

Abang Johari juga berkongsi kejayaan projek penanaman padi di Kuala Rajang, yang melibatkan syarikat yang menyewa tanah daripada penduduk tempatan dan menghasilkan lapan tan padi, serta memberikan pendapatan sewa sebanyak RM3,000 sebulan kepada pemilik tanah.

“Jika syarikat tidak berjaya, orang lain boleh mengambil alih. Tetapi pemilik tanah tetap mendapat manfaat daripada sewa. Tanah tidak terbiar, dan ini adalah langkah penting untuk memanfaatkan tanah kita,” tambahnya.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan