ARTIKEL

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Persidangan Antarabangsa Perubatan Integratif 2026 (IIMC 2026) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sarawak perluas kerjasama antarabangsa lahir pakar perubatan tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak berhasrat memperluas kerjasama antarabangsa dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan latihan profesional bagi melahirkan lebih ramai pakar tempatan serta memperkukuh keupayaan sektor penjagaan kesihatan negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu penting dalam membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan yang berdaya saing menerusi kerjasama strategik antara universiti, pengamal perubatan, makmal penyelidikan, institusi awam dan rakan industri.

Menurut beliau, penglibatan pelbagai pihak dalam ekosistem berkenaan mampu mempercepat proses menterjemahkan penemuan saintifik kepada aplikasi praktikal yang dapat memberikan manfaat secara langsung kepada pesakit dan masyarakat.

Katanya, penyertaan komuniti tempatan juga perlu diberikan perhatian, khususnya dalam membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda Sarawak untuk membina kepakaran dalam bidang sains bioperubatan, penyelidikan botani, genomik dan penyelidikan klinikal.

“Sehubungan itu, saya mengalu-alukan dialog antara institusi dan pakar yang hadir di sini berhubung potensi kerjasama dengan Sarawak dalam bidang penyelidikan, pendidikan, latihan profesional dan pertukaran ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Perubatan Integratif 2026 (IIMC 2026) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Abang Johari berkata, pembangunan modal insan dalam bidang perubatan dan penyelidikan khusus perlu terus diperkasakan bagi memastikan Sarawak mempunyai tenaga profesional tempatan yang berkemahiran tinggi serta mampu memenuhi keperluan sektor penjagaan kesihatan yang semakin berkembang.

Menurutnya, pendedahan kepada kepakaran antarabangsa menerusi program latihan, penyelidikan bersama dan pertukaran ilmu mampu menyediakan laluan kerjaya lebih luas kepada golongan muda, sekali gus memperkukuh penyertaan bakat tempatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan perubatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama penyelidikan yang mengambil kira aspek keselamatan, keberkesanan dan nilai praktikal berpotensi membuka peluang pengkomersialan secara bertanggungjawab.

Katanya, usaha berkenaan bukan sahaja dapat memperluas manfaat hasil penyelidikan kepada masyarakat, malah berupaya menyokong pertumbuhan perusahaan tempatan menerusi pembangunan produk dan inovasi berasaskan penemuan saintifik.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pakar serta institusi antarabangsa yang menyertai persidangan berkenaan supaya meneroka peluang kerjasama dengan Sarawak, terutama dalam perkongsian pengetahuan, pembangunan kepakaran, latihan profesional dan pelaksanaan penyelidikan bersama.

BERITA LAIN

Sarawak sasar jadi hab perubatan integratif serantau

KUALA LUMPUR: Sarawak berhasrat muncul sebagai hab perubatan integratif serantau dengan memanfaatkan kekayaan biodiversiti, keupayaan penyelidikan bioperubatan serta kepakaran klinikal bagi membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan

BERITA TERBARU

Sarawak sasar jadi hab perubatan integratif serantau

KUALA LUMPUR: Sarawak berhasrat muncul sebagai hab perubatan integratif serantau dengan memanfaatkan kekayaan biodiversiti, keupayaan penyelidikan bioperubatan serta kepakaran klinikal bagi membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan