ARTIKEL

Hazland bertukar cenderahati semasa mengadakan pertemuan dengan pihak GRA dan IHA di Global Renewable Hub Pavilion sempena COP30 di Belém, Para, Brazil.

Sarawak perluas rangkaian tenaga boleh diperbaharui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELÉM (Brazil): Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga bersih serantau apabila Kementerian Tenaga dan Kemampanan Alam Sekitar Sarawak (MEESty) mengadakan pertemuan strategik bersama Perikatan Tenaga Boleh Baharu Global (Global Renewables Alliance atau GRA) dan Persatuan Hidrokuasa Antarabangsa (International Hydropower Association atau IHA) di Global Renewable Hub Pavilion sempena COP30 di Belém, Para, Brazil.

Mesyuarat tersebut diketuai Timbalan Menteri Tenaga dan Kemampanan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, bersama pegawai MEESty dari Seksyen Perubahan Iklim dan Kelestarian, Sharifah Mordhiah Syeed Mohd Hussien, serta pegawai dari Bahagian Tenaga, Nadzirah Bujang.

Hazland bertukar cenderahati semasa mengadakan pertemuan dengan pihak GRA dan IHA di Global Renewable Hub Pavilion sempena COP30 di Belém, Para, Brazil.

IHA, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menjadi suara global bagi pembangunan hidroelektrik mampan, berkongsi inisiatif termasuk penggunaan G-res Tool bagi menilai pelepasan gas rumah kaca daripada takungan.

GRA pula mewakili enam industri tenaga boleh baharu utama dunia merangkumi angin, suria, hidro, hidrogen hijau, penyimpanan jangka panjang dan geoterma.

Menurut Datuk Dr Hazland, peluang kerjasama baharu dapat diperkukuh melalui Perjanjian Grid Kuasa ASEAN yang ditandatangani Menteri-Menteri Tenaga pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur.

Sarawak juga menerima jemputan menyertai Global Alliance for Pumped Storage, sebuah platform rangkaian antarabangsa yang akan memperluas keupayaan negeri dalam teknologi penyimpanan tenaga.

Dalam pertemuan sama, GRA turut menjemput Sarawak menyertai World Hydropower Congress 2027 yang akan berlangsung di Australia, susulan penyertaan aktif Sarawak sebelum ini dalam kongres berkenaan.

GRA diwakili Ketua Serantau Asia Pasifik, Rex Amancio, manakala IHA diwakili Ketua Eksekutif, Eddie Rich, dan Pengurus Dasar Tenaga Kanan merangkap Ketua Serantau Amerika Utara, Debbie Gray.

Kedua-dua organisasi menyatakan komitmen untuk memperluas rangkaian kerjasama, menyediakan kepakaran serta memperkenalkan teknologi baharu bagi menyokong agenda tenaga dan sasaran sifar bersih Sarawak.

Kerjasama berterusan antara Sarawak, GRA dan IHA dijangka memperkukuh usaha negeri dalam mencapai campuran kapasiti tenaga boleh baharu yang lebih tinggi, meningkatkan eksport tenaga, menarik pelaburan dan memacu penggunaan teknologi hijau seiring visi Sarawak sebagai “Battery of ASEAN.”

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.