Trending

Sarawak perlukan 50 balai bomba

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sekitar 50 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) diperlukan oleh Jabatan  Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak untuk memberikan perkhidmatan yang baik.

Pengarah JBPM Negeri Sarawak Khirudin Drahman berkata, ini kerana taburan kependudukan yang cukup luas di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2019 dan Simbolik Penyerahan Jentera ‘Aerial Ladder Platform’ (ALP) di sini, semalam.

“Setakat ini, kita hanya mempunyai 32 buah BBP dan akan menerima empat lagi buah BPP pada hujung tahun ini.

“Ini bermakna kita akan mempunyai 36 BPP,“ kata Khirudin.

Beliau berkata, peruntukan yang tidak mencukupi bukan alasan untuk tidak dapat memperhebatkan lagi program seperti Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) dan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).

“Kita memperhebatkan program ini dan juga program yang melibatkan komuniti di kawasan rumah panjang yang agak terpencil.

“Melalui program, kita dapat melatih mereka supaya bersedia dan dapat menangani situasi kebakaran di peringkat awal,” jelas beliau.

Beliau berkata, kebanyakan kes yang berlaku bermula api kecil, tapi penduduk tidak dapat bertindak dengan betul
kerana keadaan huru-hara.

“Tambahan lagi, keadaan jarak yang jauh menyukarkan pihak bomba untuk datang secepat mungkin dan akhirnya
api kecil itu menjadi besar.

“Lima minit pertama adalah kritikal kerana jika ia dapat dikawal pada masa itu, maka kebakaran besar dapat dielakkan,” ujar Khirudin.

Beliau berharap agar penduduk di setiap kawasan seluruh Sarawak dapat menjadi Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan mampu menangani kebakaran pada peringkat awal atau lima minit pertama.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru