ARTIKEL

Sarawak pertimbangkan keputusan PM, kaji SOP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sedang mengkaji dan menimbang secara teliti mengenai cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi dan perniagaan Isnin depan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Sarawak akan menentukan prosedur standard operasi (SOP) yang sesuai dilaksanakan mengikut keadaan negeri ini.

“Sarawak juga perlu mengambil kira isu ekonomi dan kesihatan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Sarawak menghormati keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang membuka aktiviti ekonomi secara terkawal,” ujarnya.

Mengulas mengenai pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula, sekretariat itu memberitahu, ia pada tahap 97.3 peratus.

Pada Khamis lalu, polis menangkap 31 orang kerana melanggar PKP.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan