ARTIKEL

Dato Seri Dr Stephen Rundi Utom ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN Sarawak, hari ini. FOTO: Ramidi Subari

Sarawak pertingkatkan pengesanan awal rabies

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AMBYRHYNA JAMBING (Pelatih UiTM)

KUCHING: Kaedah saringan rabies yang cepat dan tidak invasif bakal dibangunkan di Sarawak bagi meningkatkan pengesanan awal serta memperkukuh strategi vaksinasi negeri melalui pemantauan berasaskan data.

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, usaha itu akan dijalankan kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Ia berikutan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap SOP, khususnya mendapatkan rawatan segera selepas digigit dan melengkapkan dos vaksin anti-rabies, yang masih menjadi cabaran mencapai sasaran sifar kematian menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Dr Stephen Rundi turut memaklumkan, rabies masih merupakan isu kesihatan awam serius di Sarawak walaupun pelbagai usaha kawalan telah dilaksanakan secara berterusan sejak tahun 2017.

Liputan vaksinasi masih berada di bawah sasaran imuniti kelompok sebanyak 70 peratus, berikutan jumlah anjing liar dan tidak divaksin yang tinggi sekali gus menyumbang kepada penularan penyakit tersebut.

‘’Sarawak telah merekodkan 94 kes rabies dalam kalangan manusia dengan 87 kematian termasuk empat kematian pada tahun 2026.

‘’Justeru, walaupun kadar positif rabies dalam haiwan telah menurun daripada 42.7 peratus pada tahun 2018 kepada sekitar 6 peratus pada tahun 2025, penularan penyakit masih berlaku dalam kalangan anjing bebas berkeliaran dan anjing liar.

“Oleh itu, saya menyeru kerjasama penuh daripada orang ramai agar mematuhi prosedur tersebut dengan tegas,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil