ARTIKEL

Philip Matau (baju putih) menyampaikan bakul makanan kepada seorang penerima.

Sarawak Plantation Bhd bantu penduduk rumah panjang terjejas banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sarawak Plantation Bhd (SPB) meneruskan pemberian sumbangan kepada beberapa rumah panjang di kawasan Bukut dan Bukit Engkerbai yang terjejas akibat banjir.

Antara rumah panjang di kawasan Bukut yang terlibat ialah Rumah (Rh) Jelli Kiai dan Rh Juki Kurik.

Pihak SPB merakam kenangan bersama penduduk rumah panjang yang terjejas akibat banjir.

Manakala lapan rumah panjang di kawasan Bukit Engkerbai ialah Rh Rabai, Rh Anderson, Rh Langan, Rh Radin, Rh George, Rh Mauh dan Rh Ampi.

Bantuan berbentuk bakul makanan itu telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah SPB, Philip Matau.

Sehubungan itu, barang keperluan asas yang disumbangkan adalah seperti air mineral, beras, minyak masak, telur dan gula.

Ini adalah salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SPB dengan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, pihak SPB turut berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban penduduk rumah panjang yang terjejas akibat banjir.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi