ARTIKEL

Profesor Dong Jingcheng ditemui pemberita dalam sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Sarawak rancang Muzium Biodiversiti pertama di dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal memiliki Muzium Biodiversiti yang menggabungkan kepelbagaian budaya serantau, perubatan tradisional, dan perubatan moden di Miri.

Pengarah Institut Perubatan Integratif di Universiti Fudan, Profesor Dong Jingcheng, berkata muzium ini, yang pertama di dunia, akan direalisasikan menjelang tengah tahun ini.

Profesor Dong Jingcheng (kiri) berbual bersama Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

“Muzium ini akan mempamerkan elemen pengetahuan perubatan seperti pengalaman klinikal, pengetahuan asas perubatan, serta aspek budaya tempatan, agama, dan falsafah yang membentuk bidang perubatan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa muzium tersebut bukan sekadar muzium biasa, tetapi akan memiliki ciri istimewa dengan mengintegrasikan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Gambar kenangan bersama Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah), Profesor Dong Jingcheng (kanan), dan Teo Ah King (kiri).

“Penggunaan teknologi digital AI ini sangat menarik kerana membolehkan pengguna memeriksa kesihatan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pemberita semasa mengadakan kunjungan kepada Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Menjelas lanjut mengenai kolaborasi itu, Profesor Dong berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan yang baik dengan Pusat Biodiversiti Sarawak.

“Kerjasama ini penting bukan sahaja untuk ekonomi kita, malah memberi peluang kepada generasi akan datang dalam bidang perubatan moden,” katanya.

Selain muzium, Profesor Dong turut memaklumkan bahawa Universiti Fudan sedang dalam perancangan untuk menubuhkan kampus dan hospital pengajaran di Miri.

Langkah pertama, katanya, adalah menubuhkan institut kerjasama dalam bidang perubatan tradisional dan moden tahun ini, sebelum kampus penuh dibangunkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Profesor Dong turut ditemani Presiden Imasa Dinasti, Teo Ah King.

BERITA LAIN

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)