ARTIKEL

Abang Johari (duduk, empat kanan) bergambar pada Majlis graduasi Swinburne Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. (Foto oleh Ramidi Subari)

Sarawak rancang perluas bidang pendidikan berkaitan aeroangkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk memperluaskan bidang pendidikan berkaitan aeroangkasa di negeri ini dengan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak sebagai salah satu institut pendidikan pertama yang menawarkan bidang berkenaan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini adalah tindakan proaktif yang dibuat untuk memenuhi tuntutan pasaran dengan kerjasama daripada universiti di Australia.

“Kita mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan…dengan tekanan daripada sudut dasar kebangsaan, mungkin ada menawarkan kursus ini tetapi tidaklah setingginya (berbanding pendidikan di luar negara).

“Namun, kita mempunyai kelebihan kerana kita mempunyai rakan kerja universiti di Australia, dan Australia kini mempunyai bidang baru yang dikenali sebagai aeroangkasa,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis graduasi Swinburne Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. 

Menjelas lanjut katanya, kerjasama antara Swinburne Sarawak dan universiti di Melbourne, berpotensi untuk membawa kepada pembangunan disiplin baru yang berkaitan dengan aeroangkasa dan komponen kapal terbang. 

Pada tahun hadapan kata Abang Johari, beliau akan melawat sendiri universiti Swinburne di Melbourne untuk mengikuti kursus dalam bidang aeroangkasa ini. 

“Insya-Allah, tahun depan saya akan pergi ke kampus Swinburne (Melbourne) kerana kita juga ada rancang untuk Sarawak, ini kerana kita juga mengeluarkan bahan api penerbangan mampan (SAF) dan SEDC Energy mempunyai kerjasama dengan Airbus,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU