ARTIKEL

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

Sarawak rekod 1.24 juta pelawat bagi suku pertama 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan ketibaan 1.24 juta pelawat bagi suku pertama tahun ini, meningkat 4.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2025.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, negara Asia kekal sebagai sumber utama pelawat ke Sarawak dengan menyumbang 52.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pelawat.

Katanya 48.8 peratus adalah dari negara-negara ASEAN sementara, pelancongan domestik terus menjadi pemacu industri pelancongan negeri dengan sumbangan sebanyak 45.0 peratus dalam tempoh tersebut.

“Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, Sarawak mencatatkan pendapatan pelancongan yang memberangsangkan sebanyak RM3.15 bilion,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Bagi tahun lalu, kata Abdul Karim, Sarawak merekodkan sejumlah 4.97 juta ketibaan pelawat mencerminkan pertumbuhan sederhana sebanyak 2.89 peratus berbanding 2024.

Katanya, pada 2025, Sarawak menjana sejumlah RM12.67 bilion pendapatan pelancongan, meningkat 1.75 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ini sekali gus menunjukkan pemulihan yang stabil serta momentum positif berterusan bagi sektor pelancongan.

“Brunei dan Indonesia secara bersama menyumbang 48 peratus daripada jumlah keseluruhan ketibaan pelawat ke Sarawak, sekali gus menegaskan kepentingan strategik kedua-dua negara tersebut kepada sektor pelancongan negeri ini,” ujarnya.

Beliau mendedahkan bahawa industri pelancongan bertindak sebagai pemangkin ekonomi dengan mewujudkan kesan limpahan yang melangkaui sektor hospitaliti, sekali gus menghasilkan kesan pengganda yang meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat.

“Jumlah ketibaan pelancong diterjemahkan kepada pendapatan pelancongan yang menunjukkan sejauh manakah sumbangan industri ini kepada ekonomi,” ujarnya.

Beliau dalam masa yang sama juga bersyukur kerana walaupun berdepan cabaran akibat krisis global, statistik menunjukkan industri pelancongan Sarawak terus berkembang dan semakin kukuh.

“Sektor pelancongan Sarawak terus menunjukkan momentum positif, disokong pelbagai tawaran produk pelancongan serta inisiatif pemasaran yang dilaksanakan dengan berkesan.

“Kementerian saya komited untuk terus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama dengan mengetengahkan keunikan ekopelancongan, gabungan seni, budaya dan warisan negeri ini,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU