ARTIKEL

Ripin menjawab soalan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di Kuching, hari ini.

Sarawak rekod kadar pengangguran 3.1 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kadar pengangguran di Sarawak kekal stabil pada paras sekitar tiga peratus sepanjang 2025, sekali gus menunjukkan peningkatan berterusan dari aspek kebolehpasaran belia di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, berdasarkan statistik tenaga buruh yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Sarawak merekodkan kadar pengangguran sebanyak 3.1 peratus pada suku ketiga 2025.

“Angka tersebut selari dengan data Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK) yang merekodkan kadar pengangguran 3.0 peratus bagi tahun sama.

“Memandangkan definisi belia di Sarawak melibatkan golongan berusia 15 hingga 40 tahun, angka ini menunjukkan peningkatan positif dari segi kebolehpasaran belia,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang berkaitan kadar pengangguran belia di Sarawak serta langkah yang diambil kerajaan untuk menangani isu tersebut pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, kementerian bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi Persekutuan dan negeri termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi platform pekerjaan strategik seperti MYFutureJobs, Sistem e-Recruitment Sarawak dan JobsSarawak.

“Inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh pemadanan pekerjaan, penempatan bakat dan akses majikan kepada tenaga kerja tempatan.

“Dalam pada itu, beliau berkata Program Graduate Enhancement Training Sarawak – Work Readiness Programme (GETS-WRP) turut dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menerusi latihan kesiapsiagaan kerja, pendedahan industri dan pelibatan terus majikan.

“Keberkesanan program ini dapat dilihat semasa Sambutan Minggu Belia Sarawak 2025 di Bintulu apabila seramai 56 daripada 196 peserta berjaya memperoleh tawaran pekerjaan secara terus, manakala 48 lagi dipanggil ke sesi temu duga peringkat kedua,” ujarnya.

Menurutnya, kementerian juga memberi penekanan kepada pembangunan keusahawanan belia menerusi pelaksanaan pelbagai program utama sebagai antara langkah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Kita bukan sahaja mahu melahirkan pencari kerja, tetapi juga pencipta peluang pekerjaan. Dalam masa yang sama memperkukuh usaha memperluas kesedaran dan penyertaan belia luar bandar dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata antara cabaran bukan kewangan utama yang menjejaskan penyertaan belia dalam pelbagai inisiatif kerajaan ialah pemikiran dan sikap.

“Walaupun kerajaan terus memperluas akses kepada latihan, pembiayaan, bimbingan, platform digital dan peluang pekerjaan, masih terdapat segelintir yang memilih untuk tidak mencari, tidak mendengar, tidak belajar dan tidak bertindak.

“Dalam era digital hari ini, cabaran sebenar bukan lagi akses kepada maklumat, tetapi kesedaran, disiplin, rasa tanggungjawab dan kesediaan untuk keluar dari zon selesa,” tegasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU