KUCHING: Sarawak berjaya merekodkan resit pelancongan berjumlah RM1,043,666,000 bagi Oktober 2025, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata, angka tersebut mengekalkan momentum Sarawak yang konsisten mencatatkan lebih RM1 bilion setiap bulan sejak Januari, menandakan keyakinan kukuh pelancong terhadap produk pelancongan negeri yang semakin berkembang.
“Untuk Oktober, kita berjaya mencapai jumlah pelawat yang agak tinggi, Sarawak berjaya membawa masuk 414,225 pengunjung, dan daripada 400,000 tersebut 212,250 ialah pelancong luar negara.
“Sarawak berada di kepulauan sesiapa sahaja yang datang sama ada melalui penerbangan, jalan darat atau pelabuhan, semua perlu melalui proses imigresen. Jadi itu butiran yang diberikan oleh Jabatan Imigresen yang baru kami terima semalam,” katanya ketika berucap pada majlis penghargaan makan malam Festival We Are Kindred (WAK) 2025 pada Selasa.
Beliau turut optimis Sarawak mampu mencapai sasaran lima juta pelancong bagi 2025 walaupun hanya berbaki dua bulan sebelum akhir tahun.
Menurutnya, kerajaan negeri akan terus memperkukuh Sarawak sebagai destinasi utama rantau ini melalui penganjuran acara berimpak tinggi, promosi agresif dan pembangunan produk pelancongan baharu, sekali gus meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negeri.
“WAK akan terus menjadi pemangkin dalam membentuk hala tuju industri kreatif Sarawak, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai platform utama inovasi serta penerokaan budaya.
“Saya yakin bahawa WAK akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk industri kreatif Sarawak pada masa hadapan ia akan kekal sebagai sebuah platform untuk inovasi, penerokaan budaya serta kerjasama bermakna dalam kalangan komuniti kita yang berbilang kaum” katanya.
Menurut beliau, peluasan penganjuran WAK ke wilayah tengah dan utara turut membuktikan minat yang semakin meningkat terhadap seni dan kreativiti di seluruh Sarawak.
Jelasnya, perkembangan tersebut menjadikan WAK bukan lagi sekadar sambutan untuk Bandaraya Kuching, sebaliknya perayaan budaya yang kini dikongsi seluruh masyarakat di negeri ini. – TVS

Sarawak Tuan Rumah Perhimpunan Agung ICOMOS 17 Hingga 24 Oktober Ini
KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan komuniti warisan antarabangsa apabila menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik ke-22 Majlis Antarabangsa Monumen dan Tapak (ICOMOS) 2026,
