ARTIKEL

Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Sarawak Rombak Asas Industri Padi, Tingkat Tahap Sara Diri Beras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merombak asas industri padinya kepada sistem sawah skala besar dan berpusat sebagai usaha meningkatkan tahap sara diri beras yang jauh di bawah sasarannya menjelang 2030.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, berdasarkan Rang Undang Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, ia membolehkan negeri ini membina rantaian bekalan padi dan beras yang kukuh.

Jelasnya, stok simpanan beras sangat terhad dan hanya mampu bertahan sekitar dua hingga tiga bulan berbanding lima hingga enam bulan untuk Malaysia secara keseluruhan.

“Secara asasnya, inilah tujuan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026. Ia yang pertama seumpamanya. Dari sini, kita berharap dapat membina keseluruhan rantaian bekalan yang lebih kukuh.

“Ini bukan sekadar beras untuk dimakan, tetapi juga melibatkan pemprosesan hiliran seperti tepung, biskut dan produk lain,” katanya pada sidang media di DUN Sarawak, di sini hari ini.

Rundi yang juga ADUN Kemena berkata, RUU ini juga akan mentransformasi mekanisme lama penanaman padi dengan menggunakan mesin dari proses membajak tanah sehingga menuai padi dan proses pengilangan.

“Harapan kita ialah petani dapat memahami dan mengikuti proses transformasi ini. Tiada lagi cara lama. Semuanya akan lebih mekanisasi,” katanya.

Rundi dalam masa yang sama memberitahu Sarawak hanya mempunyai satu jelapang padi utama ketika ini, namun sebahagian besar kawasan penanaman masih berskala kecil dan berselerak.

Katanya, bagi tujuan pengkomersialan, kawasan sawah perlu sekurang-kurangnya berkeluasan 50 hektar ke atas, sedangkan kebanyakannya masih beroperasi secara sara diri.

“Secara keseluruhan, kita hanya menghasilkan sekitar 81,000 tan, jauh berbanding sasaran 450,000 tan.

“Sebab itu melalui Sawah Berskala Besar (SBB), kita mahu ubah pendekatan ini seperti yang dilakukan di Sekinchan dan kawasan lain di Malaysia.

“Sasaran kita menjelang 2030 ialah 60 peratus tahap sara diri (SSL). Kini hanya sekitar 21 peratus, manakala pada 2004 pernah mencapai 42 peratus, bermakna ia menurun separuh,” katanya.

Rundi mengakui ia bukan kerja mudah, tetapi pihaknya perlu berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil