ARTIKEL

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Japen.

Sarawak sasar 30 peratus penyertaan Bumiputera dalam projek besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan Bumiputera dalam sektor pembinaan, rantaian bekalan, perbelanjaan pembangunan serta pelaksanaan projek berskala besar bernilai melebihi RM100 juta menerusi dasar baharu yang dilaksanakan.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dasar berkenaan bertujuan memperluas penglibatan usahawan Bumiputera dalam ekonomi negeri.

Dasar itu juga bertujuan memperkukuh keupayaan perniagaan mereka agar lebih berdaya saing dan mampan.

Beliau berkata, dasar penyertaan Bumiputera bagi badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu merangkumi enam langkah utama serta tiga program sokongan bagi membuka lebih banyak peluang dalam sektor ekonomi berpotensi tinggi.

“Usaha ini turut melibatkan penambahbaikan had nilai perolehan, penglibatan lebih ramai perunding profesional Bumiputera serta pemberian insentif hartanah, termasuk diskaun 10 peratus kepada pembeli dan peruntukan 30 peratus premis perniagaan,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga memberi penekanan terhadap pembangunan kapasiti usahawan, pemilikan ekuiti melalui usaha sama dan kerjasama pembangunan tanah strategik bagi membolehkan penyertaan Bumiputera berkembang daripada sekadar memperoleh kontrak kepada penguasaan keupayaan perniagaan yang lebih kukuh.

Dalam perkembangan lain, modul e-Sebut Harga dan e-Tender menerusi sistem e-Perolehan Negeri dijangka dilaksanakan di semua ibu pejabat kementerian dan jabatan menjelang Disember ini bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan serta akauntabiliti dalam urusan perolehan kerajaan.

Uggah berkata, semua kementerian dan jabatan perlu memastikan pegawai masing-masing bersedia serta mahir menggunakan sistem berkenaan bagi membolehkan proses perolehan awam dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan menjimatkan kos.

“Kajian Pelan Induk Perkongsian Awam-Swasta (PPP) berjaya diselesaikan sebagai panduan pelaksanaan kerjasama dengan sektor swasta, sekali gus membuka ruang kepada penggunaan pembiayaan, kepakaran dan inovasi swasta dalam pembangunan infrastruktur serta penyampaian perkhidmatan awam, dengan mengambil kira komitmen kewangan jangka panjang negeri,” ujarnya.

BERITA LAIN

89 kursus latih 4,735 kontraktor dan pembekal Sarawak

KUCHING: Seramai 455 kontraktor Bumiputera dipilih menyertai 130 projek menerusi Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) sejak diperkenalkan pada 2023, dengan jumlah peruntukan diluluskan RM79.8 juta.

BERITA TERBARU

89 kursus latih 4,735 kontraktor dan pembekal Sarawak

KUCHING: Seramai 455 kontraktor Bumiputera dipilih menyertai 130 projek menerusi Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) sejak diperkenalkan pada 2023, dengan jumlah peruntukan diluluskan RM79.8 juta.