ARTIKEL

BERCAKAP... Gerald Rentap ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Shogun Sarawak 2026 di Kampung Sukan Sarawak (SSV). (Foto Mohd Alif Noni)

Sarawak sasar 70 pingat emas pada Sukma Selangor 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan sebanyak 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor XXII yang dijadual berlangsung bermula 15 hingga 24 Ogos 2026.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Chef de Mission Kontinjen Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu menyatakan keyakinan bahawa kontinjen negeri mampu mencapai sasaran berkenaan.

“Lebih kurang 30 peratus atlet kita pernah menyertai SUKMA sebelum ini, manakala selebihnya adalah muka baharu, sama seperti kontinjen negeri-negeri lain.

“Bagaimanapun, saya yakin mereka dapat memperoleh kejayaan pada acara yang dipertandingkan berdasarkan persiapan serta komitmen yang telah diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Shogun Sarawak 2026 di Kampung Sukan Sarawak (SSV) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mendedahkan bahawa senarai pendek nama atlet yang akan bertanding akan diumumkan dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, beliau turut berkongsi cabaran yang dihadapi termasuk tempat tinggal kontinjen, pengangkutan serta kesesakan lalu lintas.

“Bagaimanapun, dengan dedikasi, persiapan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak termasuk jurulatih dan persatuan, saya yakin sasaran utama dapat dicapai,” ujarnya.

Sebagai rekod, kontinjen negeri berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan dengan meraih 198 pingat merangkumi 76 emas, 54 perak dan 69 gangsa semasa penganjuran SUKMA 2024 di Sarawak.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai naib juara dengan kutipan 214 pingat keseluruhan (75 emas, 65 perak, 72 gangsa), diikuti Selangor di kedudukan ketiga dengan 181 pingat (56 emas, 64 perak, 61 gangsa).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU