ARTIKEL

Mohamad Abu Bakar ketika ditemui pemberita.

Sarawak sasar hantar 100 hingga 200 penjawat awam berkursus di luar negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sarawak menyasarkan untuk menghantar antara 100 hingga 200 penjawat awam setiap tahun mengikuti pelbagai program latihan dan pembangunan kepimpinan di luar negara bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam negeri.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, inisiatif itu bukan perkara baharu, sebaliknya sudah dilaksanakan sejak sekian lama dan akan dipertingkatkan selaras dengan hasrat Premier Sarawak.

“Langkah ini penting bagi memastikan penjawat awam negeri memiliki pengetahuan dan kemahiran yang setanding dengan perkembangan semasa serta mampu memenuhi jangkaan pentadbiran moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis praperasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Samarahan di Halaman Samarahan, di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Abu Bakar, antara institusi antarabangsa yang menjadi destinasi latihan pegawai kanan kerajaan negeri termasuk University of Oxford, University of Cambridge, London School of Economics (LSE), Judge Business School Cambridge dan Henley Business School di United Kingdom.

Selain itu, katanya, pegawai kerajaan negeri turut dihantar mengikuti program latihan di Singapura dan Australia, khususnya membabitkan pembangunan kemahiran kepimpinan.

“Ini akan terus kita perluaskan kerana kita percaya, dalam usaha merealisasikan visi dan misi Premier Sarawak, khususnya menerusi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), kita perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan.

“Kita perlu memastikan ilmu dalam kalangan penjawat awam sentiasa setanding dengan perkembangan serta jangkaan semasa supaya mereka mampu berfikir secara lebih terbuka dan global,” jelasnya.

Mohamad Abu Bakar turut memberitahu bahawa jumlah pegawai yang dihantar bergantung kepada kapasiti institusi latihan berkenaan, terutama universiti terkemuka yang lazimnya hanya menyediakan tempat kepada kumpulan kecil antara tiga hingga lima peserta bagi setiap pengambilan.

Bagaimanapun, katanya, bagi program tertentu di Singapura dan Australia, Sarawak mampu menghantar antara 30 hingga 50 pegawai dalam satu kumpulan.

BERITA LAIN

SKS Samarahan sasar 50,000 pengunjung

KOTA SAMARAHAN: Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Samarahan menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung menerusi pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan yang disediakan sepanjang program berlangsung. Setiausaha Kerajaan

BERITA TERBARU

SKS Samarahan sasar 50,000 pengunjung

KOTA SAMARAHAN: Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Samarahan menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung menerusi pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan yang disediakan sepanjang program berlangsung. Setiausaha Kerajaan