ARTIKEL

Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto RAMIDI SUBARI

Sarawak sasar pembekal tenaga ke ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelantikan Datuk Ibrahim Baki sebagai Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) akan memperkukuh peranan Sarawak sebagai pembekal tenaga utama melalui inisiatif Kuasa Grid Borneo.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pelantikan itu memainkan peranan penting dalam memastikan sektor tenaga terus berkembang dan memberi manfaat kepada Sarawak serta rantau ini.

Menurutnya, Sarawak akan menjadi pembekal tenaga bukan sahaja kepada Semenanjung Malaysia dan Singapura, tetapi juga kepada Grid Kuasa ASEAN, di mana Kuasa Grid Borneo merupakan salah satu inisiatif yang diberi perhatian dalam kajian Persekutuan.

“Dengan pengalaman beliau (Datuk Ibrahim Baki), Insya-Allah, saya kira lebih mudah untuk kita bekerjasama,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni peniaga di Bazar Ramadan Matang Jaya, hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Petra Jaya itu, pelantikan ADUN Satok berkenaan sudah pasti telah diteliti oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya kira ia sudah pasti diteliti oleh Premier dan mempunyai asas yang kukuh. Malah, saya melihat bahawa Datuk Ibrahim Baki bukan sahaja merupakan seorang peguam; beliau pernah bekerja dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), ditaja oleh Petronas, dan juga pernah menjadi Ahli Lembaga Petronas.

“Oleh itu, beliau mengetahui apa yang ada di dalam PETRONAS, dan ini akan memudahkan beliau dalam berunding berkaitan dengan Petros,” katanya.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya